"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Thursday, 22 April 2010

tidur - antara nikmat dan bala

Bismillah.. salam buat perindu malam, di kala wajah bulan kan berseri-seri.. walau hadirmu baru semalam, namun ku akan tetap menanti..begitu terasa nikmat tidur yang sementara, sebelum tibanya waktu kan tidur buat selama-lamanya.

tidur merupakan nikmat, ia boleh digunakan sebagai rehat kepada badan yang keletihan.. kembali menyambung segala urusan yang telah dipertanggungjawabkan. kita sebagai manusia dan hamba kepada-Nya. gunakan waktu yang telah diberikan.. tidur di malam hari, dan mengambil sedikit waktu untuk qailulah sebagai bekalan untuk beribadah di sepertiga malam.

andai sebaliknya.. tidur yang tidak terurus kadang-kadang membawa kecelakaan kepada diri. daya kekuatan diri kan berkurangan dan ibadah entah di mana. ada yang sengaja melewatkan tidur dan tergelincir bersama terbitnya mentari. di sinilah datangnya subuh gajah, terjemur qunut dan sebagainya.  tak hadir ke muhadharah dan lain-lain lagi. alangkah malangnya andai perlakuan disengajakan dan acap kali ianya berlaku.

bertapa tinggi nilai tidur yang sempurna dan tidak berlebihan.. orang yang memelihara tidur dengan adab-adabnya, nescaya akan terpelihara juga ibadahnya. orang yang terpelihara ibadahnya akan dipelihara dari melakukan maksiat.. yang dengannya menjauhkan diri dari terkena bala. tidur sempurna.. ibadah sempurna.. kehidupan sempurna.. dunia dan akhirat. insha-Allah. wallahua'lam..

Monday, 19 April 2010

hati ini siapa yang memiliki?

terasa ingin bertanya dan mengapa
dari siapa dan bagaimana
dan kini ku abadikannya.

pernah terasa bahagia dan sengsara
pernah mencapai khayalan tiada nyata
hanya mainan dan lakonan.

kini terkenangkan masa yang lalu
dunia ini pastinya tiada ganti
kesedihan dan sesalan hanyalah tangisan.

bila hati kan sering bertanya
ke mana lagi destinasi kan dituju
kembalilah... jawapannya hanya kembali.

Sunday, 11 April 2010

jangan terlalu membisu..

Bismillah.. gerbang dunia yang semakin mencabar.. garisan yang terlukis seakan terpadam. sakitnya mata di kala memandang.. bila yang hina menjadi adat, yang mulia hanya satu dalam seribu.. sukar untuk mencari permata suci, hanya yang ada mereka yang berani untuk merubah diri. inilah dilema seorang da'i..

mesti ada keberanian.. kreatif di dalam uslub penyampaian.. pernah dikatakan; masyarakat kini tak memandang pada luaran.. segalanya mengikut situasi dan kondisi, seperti yang pernah dijelaskan. jangan mudah keliru dan leka. jangan kau dilihat seperti lari dari permasalahan yang menimpa.

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاعِنُونَ * إِلا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati, kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” (Al-Baqarah: 159-160)

berdepan dengan mangsa keadaan.. mungkin tarikan dan godaan yang sangat kuat membuatkan mereka tewas. kebenaran boleh dicari, namun apa yang datang bertubi-tubi hanyalah penipuan yang menyesatkan. inilah yang perlu digalas bagi yang terselamat. bersedialah... carilah bekalan yang secukupnya... ayuh kita bangkit dari lamunan yang panjang. wallahua'lam..

Wednesday, 31 March 2010

tiada lagi esok..

Bismillah.. apabila sang suria sudah hendak berlabuh, suasana senja telah menjelma.. pastinya kegelapan yang panjang akan tiba. panjang yang tiada batasan, kerna tiada lagi esok baginya. ibarat lilin yang habis terbakar, ibarat bangunan yang menyembah bumi. tiada apa lagi.

memang senang bagi yang tidak mempercayai.. yang berlalu tetap pergi, pasti ianya tak akan kembali.. buat apa sesuka hati, yang penting kepuasan diri.. namun bagi kita?? kita akan hidup dengan cara kita, dan pasti kita akan dihidupkan kembali dengan satu cara. segalanya akan kembali, bicara di luar kawalan diri.

bukan untuk tunduk pada ciptaan.. berkerja seakan hidup selamanya, beribadah seakan mati esok hari. beginilah hidup kita penghianat, lupa akan segala janji.. pada tuhan, keluarga, sahabat, dan diri ini. tak mudah untuk mengingat, sangat mudah untuk melupakan.

kau yang menjadi bidadari.. indahnya menjadi dambaan dan kegilaan. bukan semalu yang kuncup bila disentuh. bukan yang membakar jari membayangkan panasnya di sana. memang hari akan semakin gelap, memang mentari itu akan lenyap. wallahua'lam..

Thursday, 25 March 2010

makna dan hakikat kalimah la ilaha illallah..

Bismillah.. makna kalimah (la ilaha illallah) adalah tiada sesuatu yang berhak untuk disembah melainkan Allah, dan apa-apa yang disembah selain daripada Allah adalah batil. kita wajib mempercayai dengan hati dan mengamalkan dengan setiap apa yang telah diberikan kepada kita.

orang ateis menafikan kewujudan Allah, orang musyrik mengakui kewujudan Allah serta membenarkan adanya yang lain untuk disembah selain daripada Allah. bagi seorang muslim yang mentauhidkan Allah, kita mengakui kewujudan Allah dan tidak sesekali mengakui wujudnya sesuatu yang berhak disembah selain daripada Allah. kerna selain daripada Allah adalah makhluk-Nya, dan segala apa yang diciptakan oleh Allah hanya akan tunduk dan menyembah Khaliknya.

hakikat kalimah (la ilaha illallah) adalah tidak memberikan kepercayaan kepada sesuatu melainkan kerana Allah, tidak berpegang dan meminta bantuan melainkan hanya pada-Nya, segala amalan yang kia lakukan qasadnya tidak ditujukan melainkan kepada Allah. hidup kerana Allah.. semoga dipermudahkan untuk mencapai hakikat tauhid insya-Allah.. wassalam..

Tuesday, 16 March 2010

bila terbenamnya matahari yang menyinari..

Bismillah.. salah satu tanda hampirnya tiba hari kiamat ialah ilmu akan diangkat oleh Allah s.w.t. ianya tak akan hilang dengan sendirinya, bahkan orang yang memiliki ilmu itulah yang akan diangkat dengan ilmu-ilmunya. apabila matinya ulamak, maka dengan sendirinya ilmu dan kepakaran yang dimilikinya akan hilang serta merta.

pemergiannya tiada yang menangisi.. inilah hakikat dunia yang diselubungi kejahilan, kerna dia bukan seorang P. Ramli, bukan juga seorang Mokhtar Dahari, kerna dia hanya seorang ulamak.. tanpa kita sedari, seorang demi seorang daripada mereka telah meninggalkan kita.

bila perginya tanpa ada yang mewarisi.. berkuranganlah mereka yang betul-betul menguasai ilmu-ilmu agama, hilangnya tempat rujukan yang menjadi sumber fatwa. di sini akan kita lihat al-Quran ditafsir mengikut hawa nafsu, kerna ulamak yang tinggal tidak menguasai ilmu secara total dan rela mengikut telunjuk pemerintah yang cuba menjauhkan kita daripada ajaran Islam yang sebenar.

kita juga dapat melihat dengan jelas bertapa kurangnya orang yang ingin mendalami ilmu agama.. dan yang sangat menyedihkan kita adalah hanya sedikit daripada mereka ini yang betul-betul berani mendekati masyarakat dan memperbetulkan setiap kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan, di mana ada antaranya sengaja lari dan mendiamkan diri hingga mematikan setiap ilmu yang telah dimiliki dan dikaji selama ini. mereka inilah yang merugikan masyarakat dan diri mereka sendiri. wallahua'lam..

Wednesday, 3 March 2010

bila tibanya waktu kemusnahan..

Bismillahirrahmanirrahim.. syukur yang tidak terhingga ke hadhrat Ilahi kerna telah menjadikan kita sebagai sebaik-baik umat daripada sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan oleh-Nya. meneruskan perjuangan khatimin-nabiyyin sebagai pelita yang menerangi alam semesta.. untuk manusia membezakan antara kebaikan dan keburukan, kebenaran dan kepalsuan, hakikat dan khayalan..

kita adalah khatimul-ummah, yang mana tiada umat yang akan diutus selepas kita. kitalah yang akan menyambung perjuangan Rasulullah, merealisasikan setiap tugas yang telah diamanahkan.. menyebarkan dakwah Islamiyyah dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

setiap kita adalah jundullah.. pastinya kita tidak rela dan merelakan antara kita dipergunakan oleh musuh sebagai alat untuk menghancurkan dan memusnahkan umat Islam itu sendiri. sedarkah kita apa yang berlaku hari ini? kepemimpinan, media massa dan sebagainya seakan sengaja menjauhkan kita daripada cara hidup Islam yang sebenar.. mereka mengatakan inilah pembangunan dan kemodenan, namun apa yang diperlihat adalah satu bentuk budaya yang hanya akan menghakis nilai-nilai murni di dalam sebuah kehidupan seseorang muslim. inilah yang akan membawa kepada kerosakan umat Islam hari ini, seterusnya membawa kepada kemusnahan seluruh alam. wallahua'lam..

Sunday, 28 February 2010

andai kau dekat padaNya..

"Tiga perkara sesiapa yang ada padanya akan mendapat kemanisan iman. Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. dia benci untuk kembali pada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." (riwayat Bukhari dan Muslim).

Bismillah.. andai kemanisan iman yang dicari.. ramai orang yang menjalinkan hubungan. kernanya semakin jauh dia dari tuhannya. andai kau ingin merasai nikmatnya kesihatan, kau perlu merasai pahitnya ubat. begitulah dunia, apa yang dikata pahitnya sebuah perjuangan, itulah jalan untuk mencapai manisnya kejayaan yang diimpikan.

andai kemanisan iman yang dicari.. mencintai seseorang hanya kerna Allah.. bukan bagi sesiapa yang mengikut kata hati, yang hanyut dengan geloranya. bila setiap anggota sudah tidak terpelihara. bila hilangnya rasa malu, maka cacatlah sebahagian iman kamu.

keikhlasan di dalam perhubungan yang dijalin.. ramai orang yang menjalinkan persahabatan di atas dasar kepentingan diri, manfaat yang diperolehi dan sebagainya. bila hilang kepentingan dan manfaat, maka putuslah hubungan. di waktu kesusahan menimpa, kawan entah ke mana. carilah sahabat yang sentiasa mendampingkan diri dengan tuhannya, insya-Allah kita akan dilindungi. wallahua'lan.

Saturday, 20 February 2010

diam itu lebih baik..

Bismillahirrahmanirrahim... dalam menjalani kehidupan seharian tidak dapat tidak pergaulan adalah suatu yang pasti akan berlaku, adalah menjadi kepelikan dan menyalahi tabiat seorang insan apabila hari2 yang berlalu dihabiskan dengan menyendiri dan tinggal jauh dari orang lain. namun jika ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian, maka tidak mengapa.

bila bercerita tentang pergaulan yang pasti ada di dalamnya perbicaraan, perbualan dan kata2.. yang menjadi perbezaan hanyalah sedikit atau banyak, baik atau buruk, benar tau dusta, bermanfaat atau hanya omongan kosong. yang pastinya setiap kata2 yang keluar memberi kesan kepada telinga yang mendengarnya, juga kepada yang berkata akan dipertanggungjawabkan atas segalanya. adakah ia ilmu yang berguna? adakah ia dusta dan fitnah? 

pepatah ada mengatakan "kerna pulut santan binasa, kerna mulut badan binasa". binasa dengan hukuman yang menanti, yang mungkin di sini dan sudah pasti menanti di sana. bergantung atas ketentuanNya. bertikam lidah yang membawa kepada pergaduhan hingga bertikam dengan pisau, pedang dan sebagainya.

adakah kamu seorang yang pendiam? berbicaralah kamu untuk menghidupkan suasana.. jangan biarkan masa hidupmu seperti sudah mati, namun sentiasalah kamu berhati2. wallahua'lam..

Saturday, 13 February 2010

kenali situasi dan kondisi..

Bismillahirrahmanirrahim.. assalamu'alaikum.. mengenal situasi dan kondisi adalah sangat penting di dalam kehidupan seseorang, lebih2 lagi bagi seorang yang bergelar pendakwah.. pendekatan yang berbeza dengan keadaan dan persekitaran yang barlainan.

sudah menjadi lumrah, masyarakat di satu2 daerah akan merasa janggal apabila ada seorang daripada mereka atau pun orang luar melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kebiasaan yang mereka lakukan.. sebagai contoh; seorang pemuda yang baru pulang dari Mesir menjadi imam solat di masjid kampong dengan memakai seluar jeans dan t-shirt, dengan alasan mengikut apa yang dilakukan oleh orang arab. adakah ini satu tidakan yang bijak?

sahabat2 lihat sendiri; seoang petani yang bekerja di kebun tidak dapat tidak akan pulang ke rumahnya untuk menukar pakaian sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat. berlainan apa yang berlaku di Mesir, mereka akan ke masjid dengan pakaian kerja mereka, hatta ketika solat jumaat.. di sini perbezaannya.

"jika kamu masuk ke dalam kandang harimau dengan mengembik nescaya kamu akan diterkamnya kerna kamu disangka adalah mangsanya, dan jika kamu masuk ke dalam kandang kambing dengan mengaum nescaya kambing2 akan lari ketakutan kerna disangka kamu adalah pemangsanya.." fikir2kanlah..

Tuesday, 2 February 2010

aku hidup untuk aku..

Bismillahirrahmanirrahim... Salam buat pembaca yang hampir sebulan ku tinggalkan.. membiarkan diri dalam kesepian, ketenangan untuk mengadapi imtihan.. alhamdulillah semuanya sudah berlalu. hanya tinggal doa dan harapan.. semoga diberi kekuatan untuk menghadapi fasa dua yang akan bermula tidak lama lagi.

imtihan owh imtihan!! dalam kita menghadapi imtihan, yang ia memang suatu yang sangat penting dalam hidup kita.. segala kesungguhan dan ketekunan kita dalam pengajian selama tiga higga ke empat bulan hanya bertujuan untuk dimanfaatkan dalan masa dua atau tiga jam sahaja. alangkah murahnya nilai ilmu yang kita cuba kaji dan memilikinya jika tidak diamalkan dan dimanfaatkan oleh orang-orang yang menyedari akan nilainya. bukan sekadar kertas tebal yang dibuat sijil, tapi sebagai penyuluh yang menunjukkan kita kepada satu jalan.

kesungguhan yang mengatasi segalanya.. ini yang terkadang membuat kita lupa akan tanggungjawab kita. yang dah jadi bapak abaikan anak-anak, yang duduk rumah sewa lupa tanggungjawab terhadap kawan-kawan dan sebagainya. yang lebih teruk lagi, seorang hamba lupa tanggungjawab terhadap penciptanya. yang kadang-kadang menimbulkan rasa benci, yang mungkin juga menimbulkan kemurkaan-Nya.

ingatlah sahabat.. kita tak boleh hidup menyendiri. walau betapa kita bangga dengan kekuatan dan kuasa yang kita miliki, walau betapa kita merasa hina orang yang berada di bawah kita.. sedarlah, kita kuat atas kerjasama mereka, kita berkuasa atas undi mereka, kita hidup atas ehsan dan rahmat dari-Nya. Sekian untuk kali ini.. Wassalam..

Saturday, 12 December 2009

1, 2, 3, atau 4 liter..

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk menyampaikan apa yang didengar semasa khutbah jumaat semalam. "penggunaan air ketika berwuduk" adakah betul-betul mengikut sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.?

di dalam sebuah hadith; Rasulullah s.a.w. menegur Sa'ad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air. Sa'ad bertanya,"apakah terhadap air juga dikatakan boros?" Nabi bersabda," memang, hingga pun jika engkau berada di dalam sungai yang mengalir." (H.R. Ahmad dan Ibnu Majah)

 di mana pembaziran yang berlaku? andainya kita berwuduk 3 hingga 4 liter air, sedangkan 1 hingga 2 liter sudah memadai untuk melakukan wuduk yang sempurna. seorang membazirkan 2 hingga 3 liter, bayangkan satu Malaysia.. atau satu dunia secara umumnya. begitulah berjuta-juta liter yang dibazirkan setiap hari.. kalikanlah setiap liter yang dibazirkan dengan duit yang perlu kita bayar kepada syarikat air.

indahnya sunnah Rasulullah s.a.w. yang mengajarkan kepada kita agar menghargai terhadap setiap apa yang dikurniakan kepada kita.. hatta sekali pun di dalam bersuci. mulakan dari diri, keluarga, sahabat, dan masyarakat sekeliling kita.. moga ada manfaat untuk perjuangan Islam.. wallahua'lam.. wassalam..

Monday, 7 December 2009

kalaulah kamu wanita muslimah...

Syarat-syarat hijab:
  1. menutupi seluruh badan.
  2. tebal: tidak nipis sehingga menampakkan warna atau bayang apa yang ditutup.
  3. bukan menjadi hiasan: hijab itu sendiri menjadi perhiasan yang menarik perhatian lelaki apabila memandangnya.
  4. longgar: tidak ketat yang menampakkan bentuk badan dan tempat-tempat yang menjadi perhatian kaum lelaki untuk memandangnya.
  5. tidak memakai wangian: yang boleh menarik perhatian lelaki.
  6. tidak menyerupai pakaian lelaki.
Persoalan:
  1. di mana harga diri seorang wanita? yang diibaratkan seperti permata atau hanya pelastik yang boleh diperolehi dengan harga yang sangat murah..
  2. masih adakan perbezaan antara wanita yang mengaku muslimah dengan yang bukan muslimah?
  3. meninggalkan dengan sengaja, mengakui akan hukumnya atau ingkar? 
  4. perhiasan muslimah atau jahiliyah?
Jawapan:
  1. Iman.

Wednesday, 2 December 2009

di mana "kata semangat"?

Bismillahi  wassalam... menjelang imtihan yang mungkin tak begitu lama lagi, lebih kurang sebulan setengah.. dikata pertengahan januari nanti. apa-apa pun persediaan adalah yang paling penting. di mana harus kita mulakan? di sinilah yang kebanyakan kita tercari-cari titik mulanya.. adakah harus menyerang di minit-minit awal pertandingan atau pun menunggu penghujung separuh masa kedua dan tibanya masa kecederaan? mungkinkah usaha di minit-minit akhir mampu menjaringkan gol yang banyak atau tidak menjaringkan sebarang gol?

manusia sememangnya lemah, tak mampu untuk berdiri dengan sendiri.. selalu tercari-cari "kata semangat". mungkin pesanan ibu bapa dah lama ditinggalkan, atau mungkin selalu terlupa kerna jarang di"refresh".. belajar jauh-jauh, nak talipon mak bapak sebulan sekali pun susah. atau mengharapkan "kata semangat" itu hadir dari sumber yang tidak diredhai-Nya.. sumber yang selalu membuat kita terleka. sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuknya.. tapi untuk study..?

mengorbankan masa salah pada tempatnya.. itu yang selalu berlaku. benar tidur itu ni'mat, tapi apabila kamu bangun maka terhentilah ni'mat itu di situ saja. belajarlah walau ia menyiksakan, kerna kamu akan merasa kemanisannya satu hari nanti.. dan kemanisan itu boleh juga dikongsi dan memberi manfaat kepada orang lain.

di mana "kata semangat"? di sinilah yang kita selalu ingat-mengingati tentang "tajdid niat".  "kata semangat" bukan hanya hadir dari kata-kata manis yang mungkin menipu diri kita sendiri, tapi ia hadir dari kasih sayang yang abadi yang hadir dari pengorbanan suci yang diredhai. wallahua'lam.. wassalam..

Saturday, 28 November 2009

tolak dan tarik dalam kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim.. salam eid buat semua.. hidup yang ada kebarangkalian.. berlakunya sesuatu tak tentu bagaimama jadinya. di situlah perlunya untuk merancang dan meneliti di dalam setiap pergerakan. samada yang hampir pasti warnanya atau masih samar-samar. gunakan akal sebaiknya, jangan sesekali cuba untuk merosakkannya, membuatkannya menjadi lembab, dan mengurangkan daya kekuatannya dalam menghafal fakta.

situasi dan kondisi adalah faktor utama yang menjadi daya penarik terhadap perancangan, perlakuan dan tindakan.. tak dapat dinafikan seseorang akan berubah dalam satu tempoh yang singkat atau agak panjang jika ia masuk dalam cara hidup dan suasana yang baru. di sinilah yang dikata berlakunya kejutan budaya. yang dulunya labuh kini disingkat-singkatkan, yang dulunya pemalu menjadi sosial yang tak terkawal dan sebagainya.

di sinilah perlunya jati diri yang kuat.. bukan takut untuk berubah, tapi syariat yang dipertahankan. lain pula situasinya dalan "pilihanraya". disebabkan gelombang yang melanda.. perempuan dah malu nak pakai tudung labuh, lelaki pulak malu nak pakai kain pelikat. bagi yang berilmu pula, malu untuk menjadi pemimpin dan kehadapan. maka tampillah pembaca meter TNB sebagai ketua menteri, pemegang sijil spm sebagai pegawai kepada mahasiswa yang lebih tinggi tahap pembelajarannya dan sebagainya.

pendidikan awal tentang agama dan jati diri yang kuat amatlah diperlukan.. berani hadapi apa jua rintangan. korbankan masa tenaga dan harta demi mencapai matlamat yang dituju. realisasikan semangat "qurban" di dalam diri kita. berani kerana kebenaran.. hayati kembali kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s. wallahua'lam.. wassalam..

Saturday, 21 November 2009

pertembungan dua hadaf..

Bismillahirrahmanirrahim... tuntutan di dalam mengharungi liku-liku kehidupan.. kita sering disibukkan dengan berbagai-bagai urusan dalam mengejar cita-cita dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi. yang datangnya tidak diundang atau sengaja dicari-cari.

kita dituntut untuk meluaskan pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan.. dengan cara mencari masalah dan cuba untuk menyelesaikannya.. dengan syarat tidak mendatangkan kemudharatan kepada diri kita dan tidak menyalahi apa-apa yang telah ditetapkan oleh Syari'.

dalam mengejar cita-cita.. kita belajar, berkerja dan melaksanakan beberapa tuntutan. apa yang dituju adalah kesenangan hidup di "masa hadapan". samada jalannya sebuah jihad atau semata perjuangan untuk meningkatkan taraf hidup.

perbezaah dapat dinilai dari tempat-tempat persinggahan, insan-insan yang menjadi teman, kenderaan yang menjadi tunggangan dan bunga-bunga yang menjadi perhiasan.. di sinilah kita mula berfikir... Allahua'lam..

Friday, 13 November 2009

ingat hak2 jiran..

Bismillahirrahmanirrahim.. dlm menjalani kehidupan bermasyarakat, kita tak boleh lari daripada mempunyai jiran. samada di kampong, pekan, atau bandar. rumah sendiri, sewa, asrama dan sebagainya. apa yang dituntut adalah; mengambil tahu dan mengambil berat hal sekeliling.. bukan "jaga tepi kain" seperti apa yang diungkapkan oleh orang2 yang jahil.

jenis2 jiran yang perlu kita ketahui; jiran sesama muslim, jiran yang berlainan agama, dan jiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita. setiap peringkat mempunyai hak dan keutamaan yang patut kita dahulukan. walau berbeza agama, ada hak yang perlu ditunaikan terhadap mereka. apa lagi sesama muslim yang semua adalah bersaudara. apa lagi yang mempunyai hubungan darah dengan kita.

bagi kita yang kebanyakannya adalah pelajar.. tinggal di rumah sewa atau asrama. sahabat sebelah bilik kita adalah jiran, ketahui hak2 mereka dan tunaikanlah sebaiknya. perkataan, perbuatan, dan sebagainya.. janganlah ada yang menyakiti. kerna di situ boleh menimbulkan persengketaan, yang mungkin memutuskan hubungan kasih antara kita. kita sesama muslim. wallahua'lam..

Tuesday, 10 November 2009

hanyalah kerna Dia..

Bismillahirrahmanirrahim... segala puji ku tujukan hanya padaNya.. keikhlasan diri dalam mencapai satu matlamat adalah perkara yang sangat sukar untuk ditemui. walau keikhlasan lahir dibibir, namun dihati hakikatnya selalu berbeza. "ukhuwah fillah" sejauh mana kebenarannya?

setiap amalan pastinya akan terkait dengan satu niat, yang dengannya akan mendorong untuk mencapai satu matlamat.. capailah matlamat kerna mengharap redhaNya, maka selamatlah kehidupan di dunia dan akhirat. ketahuilah setinggi2 ni'mat bagi seorang muslim itu adalah mendapat keredhaan Allah bagi setiap amalan yang dilakukannya.

bagaimana mencermin keikhlasan hati? apabila melakukan satu2 ibadat, adakah kita merasa berlapang dada? di situlah cerminnya.. orang yang ikhlas adalah yang berjaya menewaskan kehendak nafsu, yang hatinya tidak dirantai dan dibelenggu. hati adalah pusat pentadbiran bagi anggota badan.. apabila nafsu yang membelenggu, maka syaitan yang akan dilantik menjadi raja.

setiap keputusan yang dibuat selalunya akan dipengaruhi oleh sesuatu yang kita hadapi, berpandulah kepada "petunjuk" yang telah diberi. berlaku jujurlah kepada diri sendiri untuk malahirkan keikhlasan yang hakiki. wallahua'lam..

Wednesday, 4 November 2009

antara ilmu dan kejahilan..

Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah, wasy-syukru lillah.. diberi kesempatan menuntut ilmu kurniaannya, walau tak sampai setitik daripada air di lautan. walau semakin banyak ku minum, semakin ku rasa dahaganya. begitulah ilmu yang dikaji dan dipelajari, tidak akan pernah ada rasa puas dan tidak akan pernah hilang rasa kejahilan daripada diri seorang penuntut ilmu.

ilmu ibarat cahaya yang menerangi.. dan kejahilan itu ibarat kegelapan yang menyelubungi dan melindungi. orang yang membiarkan dirinya dalam kejahilan akan mudah tersesat, (jangan malu bertanya kalau tak tahu) ditipu, dan terkeliru.. mereka mudah melakukan kesalahan.

kejahilan bukan hanya pada orang yang tidak berilmu.. orang berilmu yang sombong dan tidak menyampaikan ilmunya kepada orang lain juga dikira jahil, bahkan jahil lagi bodoh.. sedarlah bahawa ilmu yang memberi manfaat itu apabila disampaikan kepada orang lain, maka pahala daripada amalan itu akan kembali kepada kita. dalam sebuah hadith Nabi ada bersabda yang bermaksud: "apabila mati anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."

tuntutlah ilmu untuk manfaat yang menyeluruh.. memperbaiki diri dan masyarakat, mengukuhkan ekonomi diri dan negara, seterusnya meninggikan martabat kita sebagai seorang muslim.. yang paling penting untuk mendapatkan keredhaanNya.. sejahteralah hidup di dunia dan akhirat. sekolah, kolej, universiti, masjid, dan segala sumber yang boleh memberi peluang kepada diri kita untuk mendapatkan ilmu, gunakanlah ia sebaiknya.. walau siapa kamu.. pelajar, pensyarah, menteri, petani, dan sebagainya. wallahua'lam..

Thursday, 29 October 2009

pesanan yang kian dilupakan..

Bismillahirrahmanirrahim... berlalunya masa yang agak panjang, setelah pemergian junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. sejarah gemilang di zaman pemerintahan. dialah khalifah, dialah penyelamat.. di kala manusia dalam kegelapan malam, dialah mentari yang terbit dengan cahaya menyinari seluruh alam. namun kini, seolah malam kembali dan akan menyelubungi dengan kegelapan. mungkinkah lumrah alam, atau sebaliknya?

terciptanya manusia dengan akal dan fikiran.. yang bisa mencipta, dan bisa merubah sesuatu. kejadian yang cacat boleh disempurnakan, kejadian yang hodoh ditukar menjadi cantik. namun begitu, kebijaksanaan akal tidak sekali2 boleh mengubah hukum yang haram menjadi halal dan sebaliknya.. tapi, kehendak nafsu dan dorongan syaitan mengatasi segalanya.

amalan jahiliyah dihidupkan kembali.. oleh orang Islam itu sendiri. apabila penzinaan menjadi gurauan, anak2 kecil menjadi mangsa.. terbuang dan terbunuh. benih jahiliyah yang disemai, tanpa sekatan dan tanpa batasan.. inilah jalan2 penghalang kebangkitan Islam, yang dilihat disengajakan dan diberi laluan. dikatakan membawa kemajuan dan kegemilangan, sebenarnya inilah laluan kepada kehancuran dan kebinasaan.

sekatan demi sekatan kepada kepada tersebarnya dakwah Islamiah.. realiti yang kita hadapi, tuduhan dan tohmahan kepada mereka2 yang cuba menegakkan syariat Islam. bukan setakat yang berjuang di medan pertempuran, anak2 yang dalam pengajian untuk mendalami perjuangan Islam yang sebenar turut ditekan sehebat2nya. mereka inilah yang mengaku Islam, akan tetapi merendahkan martabat Islam, menghalang kebangkitan Islam, dan menolak apa yang dibawa oleh Islam. mereka inilah orang2 yang sesat, dan sedaya upaya cuba untuk menyesatkan orang lain. wallahua'lam..

daripada Abi Hurairah r.a, telah berkata ia: aku mendengar Rasulallah s.a.w sedang bersabda: "apa yang Aku tegah akan kamu daripada melakukannya maka jauhilah akannya, dan apa yang Aku suruh akan kamu dengannya maka lakukanlah akannya sekadar yang kamu mampu, maka sesungguhnya telah binasa orang2 sebelum kamu disebabkan banyak permintaan mereka dan bersalahan mereka terhadap Nabi2 mereka." (H.R. Al-Bukhari)

Followers