"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday, 12 December 2009

1, 2, 3, atau 4 liter..

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk menyampaikan apa yang didengar semasa khutbah jumaat semalam. "penggunaan air ketika berwuduk" adakah betul-betul mengikut sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.?

di dalam sebuah hadith; Rasulullah s.a.w. menegur Sa'ad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air. Sa'ad bertanya,"apakah terhadap air juga dikatakan boros?" Nabi bersabda," memang, hingga pun jika engkau berada di dalam sungai yang mengalir." (H.R. Ahmad dan Ibnu Majah)

 di mana pembaziran yang berlaku? andainya kita berwuduk 3 hingga 4 liter air, sedangkan 1 hingga 2 liter sudah memadai untuk melakukan wuduk yang sempurna. seorang membazirkan 2 hingga 3 liter, bayangkan satu Malaysia.. atau satu dunia secara umumnya. begitulah berjuta-juta liter yang dibazirkan setiap hari.. kalikanlah setiap liter yang dibazirkan dengan duit yang perlu kita bayar kepada syarikat air.

indahnya sunnah Rasulullah s.a.w. yang mengajarkan kepada kita agar menghargai terhadap setiap apa yang dikurniakan kepada kita.. hatta sekali pun di dalam bersuci. mulakan dari diri, keluarga, sahabat, dan masyarakat sekeliling kita.. moga ada manfaat untuk perjuangan Islam.. wallahua'lam.. wassalam..

3 comments:

LuKLuK BaiDoa said...

baru smlm blaja wudhu' sec betul....gune setengah botol kecik. uuu...btapa sblm ni byk na ana mbazir..

nasir said...

2la..kdg2 syaitan sengaje was2kan hati kite.al-hasilnye berlakulah pembaziran.

Anonymous said...

syukran atas peringatan, perkongsian yg sgt baik

Lukluk, blh share tak mcm mna cra berwuduk guna stengah botol kecik tu?

syukran kathir

Post a Comment

Followers