"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Wednesday 4 November 2009

antara ilmu dan kejahilan..

Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah, wasy-syukru lillah.. diberi kesempatan menuntut ilmu kurniaannya, walau tak sampai setitik daripada air di lautan. walau semakin banyak ku minum, semakin ku rasa dahaganya. begitulah ilmu yang dikaji dan dipelajari, tidak akan pernah ada rasa puas dan tidak akan pernah hilang rasa kejahilan daripada diri seorang penuntut ilmu.

ilmu ibarat cahaya yang menerangi.. dan kejahilan itu ibarat kegelapan yang menyelubungi dan melindungi. orang yang membiarkan dirinya dalam kejahilan akan mudah tersesat, (jangan malu bertanya kalau tak tahu) ditipu, dan terkeliru.. mereka mudah melakukan kesalahan.

kejahilan bukan hanya pada orang yang tidak berilmu.. orang berilmu yang sombong dan tidak menyampaikan ilmunya kepada orang lain juga dikira jahil, bahkan jahil lagi bodoh.. sedarlah bahawa ilmu yang memberi manfaat itu apabila disampaikan kepada orang lain, maka pahala daripada amalan itu akan kembali kepada kita. dalam sebuah hadith Nabi ada bersabda yang bermaksud: "apabila mati anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."

tuntutlah ilmu untuk manfaat yang menyeluruh.. memperbaiki diri dan masyarakat, mengukuhkan ekonomi diri dan negara, seterusnya meninggikan martabat kita sebagai seorang muslim.. yang paling penting untuk mendapatkan keredhaanNya.. sejahteralah hidup di dunia dan akhirat. sekolah, kolej, universiti, masjid, dan segala sumber yang boleh memberi peluang kepada diri kita untuk mendapatkan ilmu, gunakanlah ia sebaiknya.. walau siapa kamu.. pelajar, pensyarah, menteri, petani, dan sebagainya. wallahua'lam..

1 comments:

Lukluk Baidoa said...

ilmu itu apabila dah dituntut,dipelajari...
jika diamalkan ibarat pokok tak berbuah,
ibarat laut takde air,
ibarat siang xde matahari...

Post a Comment

Followers