"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Tuesday 10 November 2009

hanyalah kerna Dia..

Bismillahirrahmanirrahim... segala puji ku tujukan hanya padaNya.. keikhlasan diri dalam mencapai satu matlamat adalah perkara yang sangat sukar untuk ditemui. walau keikhlasan lahir dibibir, namun dihati hakikatnya selalu berbeza. "ukhuwah fillah" sejauh mana kebenarannya?

setiap amalan pastinya akan terkait dengan satu niat, yang dengannya akan mendorong untuk mencapai satu matlamat.. capailah matlamat kerna mengharap redhaNya, maka selamatlah kehidupan di dunia dan akhirat. ketahuilah setinggi2 ni'mat bagi seorang muslim itu adalah mendapat keredhaan Allah bagi setiap amalan yang dilakukannya.

bagaimana mencermin keikhlasan hati? apabila melakukan satu2 ibadat, adakah kita merasa berlapang dada? di situlah cerminnya.. orang yang ikhlas adalah yang berjaya menewaskan kehendak nafsu, yang hatinya tidak dirantai dan dibelenggu. hati adalah pusat pentadbiran bagi anggota badan.. apabila nafsu yang membelenggu, maka syaitan yang akan dilantik menjadi raja.

setiap keputusan yang dibuat selalunya akan dipengaruhi oleh sesuatu yang kita hadapi, berpandulah kepada "petunjuk" yang telah diberi. berlaku jujurlah kepada diri sendiri untuk malahirkan keikhlasan yang hakiki. wallahua'lam..

2 comments:

shahadah said...

salam..ikhlas itu umpama memanah..kadang2 tepat, kadang2 tidak. namun betapa susah nya untuk mendapat tempat yg paling tepat. lepas sudah tepat, kdg2 tersasar sedikit, hanya kerana sebuah pujian..moga2 tetap dlm kebaikan..

Lukluk Baidoa said...

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Latar Belakang hadis:
Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

Hadis ini adalah antara hadis yang terpenting dalam Islam.
Imam Syafi’e berkata bahawa hadis ini adalah satu pertiga dari pengetahuan ilmu Islam serta berkait rapat dengan 70 tajuk cabang ilmu Fiqh.Imam Ahmad pula berkata Islam itu ada 3 asas (yang kesemuanya terdiri daripada 40 hadis):

1. Hadis 1: telah dinyatakan di atas.
2. Hadis 5: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang tidak ada dalam urusan kita (Islam) maka dia tertolak”
3. Hadis 6: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Antara keduanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahui oleh ramai manusia…”

Ketiga-tiga hadis ini telah diperakui oleh Bukhari dan Muslim. Kesemuanya menggariskan 3 ciri kriteria bagi membantu Muslim menilai dan menyemak apa yang telah mereka lakukan dan apa yang mereka katakan sebagai ibadah dalam kehidupan seharian:

1. Hadith 1 – untuk menilai dan meneliti tindakan dalaman diri (iaitu tindakan hati).
2. Hadith 5 – untuk menilai dan meneliti tindakan luaran diri (actions of the limbs).
3. Hadith 6 – untuk menilai dan meneliti tindakan berurusan atau muamalat diri ketika berinteraksi dengan khalayak.

Niat (gerak hati ataupun lintasan dalam hati) mempunyai 2 maksud:

1. Gerak hati sebelum melakukan sesuatu ibadah (contohnya solat).
2. Keinginan.

Maksud kedua (2.) daripada niat inilah ynag ingin disampaikan melalui hadis ini.

Post a Comment

Followers