"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Thursday, 25 March 2010

makna dan hakikat kalimah la ilaha illallah..

Bismillah.. makna kalimah (la ilaha illallah) adalah tiada sesuatu yang berhak untuk disembah melainkan Allah, dan apa-apa yang disembah selain daripada Allah adalah batil. kita wajib mempercayai dengan hati dan mengamalkan dengan setiap apa yang telah diberikan kepada kita.

orang ateis menafikan kewujudan Allah, orang musyrik mengakui kewujudan Allah serta membenarkan adanya yang lain untuk disembah selain daripada Allah. bagi seorang muslim yang mentauhidkan Allah, kita mengakui kewujudan Allah dan tidak sesekali mengakui wujudnya sesuatu yang berhak disembah selain daripada Allah. kerna selain daripada Allah adalah makhluk-Nya, dan segala apa yang diciptakan oleh Allah hanya akan tunduk dan menyembah Khaliknya.

hakikat kalimah (la ilaha illallah) adalah tidak memberikan kepercayaan kepada sesuatu melainkan kerana Allah, tidak berpegang dan meminta bantuan melainkan hanya pada-Nya, segala amalan yang kia lakukan qasadnya tidak ditujukan melainkan kepada Allah. hidup kerana Allah.. semoga dipermudahkan untuk mencapai hakikat tauhid insya-Allah.. wassalam..

2 comments:

riDiCulOuS said...

semua entry ringkas tapi berisi...bagus3..

misztiara emua said...

~~Alhamdullillah,segalanya memang benar,bila kita meletakan ALLAH no 1 di hati kita segalanya akan di permudahkan.Hidup matiku keranamu ALLAH..

Post a Comment

Followers