"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday, 21 November 2009

pertembungan dua hadaf..

Bismillahirrahmanirrahim... tuntutan di dalam mengharungi liku-liku kehidupan.. kita sering disibukkan dengan berbagai-bagai urusan dalam mengejar cita-cita dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi. yang datangnya tidak diundang atau sengaja dicari-cari.

kita dituntut untuk meluaskan pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan.. dengan cara mencari masalah dan cuba untuk menyelesaikannya.. dengan syarat tidak mendatangkan kemudharatan kepada diri kita dan tidak menyalahi apa-apa yang telah ditetapkan oleh Syari'.

dalam mengejar cita-cita.. kita belajar, berkerja dan melaksanakan beberapa tuntutan. apa yang dituju adalah kesenangan hidup di "masa hadapan". samada jalannya sebuah jihad atau semata perjuangan untuk meningkatkan taraf hidup.

perbezaah dapat dinilai dari tempat-tempat persinggahan, insan-insan yang menjadi teman, kenderaan yang menjadi tunggangan dan bunga-bunga yang menjadi perhiasan.. di sinilah kita mula berfikir... Allahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

Followers