"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Thursday 29 October 2009

pesanan yang kian dilupakan..

Bismillahirrahmanirrahim... berlalunya masa yang agak panjang, setelah pemergian junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. sejarah gemilang di zaman pemerintahan. dialah khalifah, dialah penyelamat.. di kala manusia dalam kegelapan malam, dialah mentari yang terbit dengan cahaya menyinari seluruh alam. namun kini, seolah malam kembali dan akan menyelubungi dengan kegelapan. mungkinkah lumrah alam, atau sebaliknya?

terciptanya manusia dengan akal dan fikiran.. yang bisa mencipta, dan bisa merubah sesuatu. kejadian yang cacat boleh disempurnakan, kejadian yang hodoh ditukar menjadi cantik. namun begitu, kebijaksanaan akal tidak sekali2 boleh mengubah hukum yang haram menjadi halal dan sebaliknya.. tapi, kehendak nafsu dan dorongan syaitan mengatasi segalanya.

amalan jahiliyah dihidupkan kembali.. oleh orang Islam itu sendiri. apabila penzinaan menjadi gurauan, anak2 kecil menjadi mangsa.. terbuang dan terbunuh. benih jahiliyah yang disemai, tanpa sekatan dan tanpa batasan.. inilah jalan2 penghalang kebangkitan Islam, yang dilihat disengajakan dan diberi laluan. dikatakan membawa kemajuan dan kegemilangan, sebenarnya inilah laluan kepada kehancuran dan kebinasaan.

sekatan demi sekatan kepada kepada tersebarnya dakwah Islamiah.. realiti yang kita hadapi, tuduhan dan tohmahan kepada mereka2 yang cuba menegakkan syariat Islam. bukan setakat yang berjuang di medan pertempuran, anak2 yang dalam pengajian untuk mendalami perjuangan Islam yang sebenar turut ditekan sehebat2nya. mereka inilah yang mengaku Islam, akan tetapi merendahkan martabat Islam, menghalang kebangkitan Islam, dan menolak apa yang dibawa oleh Islam. mereka inilah orang2 yang sesat, dan sedaya upaya cuba untuk menyesatkan orang lain. wallahua'lam..

daripada Abi Hurairah r.a, telah berkata ia: aku mendengar Rasulallah s.a.w sedang bersabda: "apa yang Aku tegah akan kamu daripada melakukannya maka jauhilah akannya, dan apa yang Aku suruh akan kamu dengannya maka lakukanlah akannya sekadar yang kamu mampu, maka sesungguhnya telah binasa orang2 sebelum kamu disebabkan banyak permintaan mereka dan bersalahan mereka terhadap Nabi2 mereka." (H.R. Al-Bukhari)

6 comments:

Lukluk Baidoa said...

inilah dunia akhir zaman...
t.kasih atas peringatan

Pojiepooh Abdullah said...

Terima kasih atas peringatann..

nasir said...

same2..syukran atas komen saudara dan saudari..

norisya said...

akhir2 zmn ni byk bnda yg jd...so mari la kta igt mengingati...thanks a lot

Ali Uraidhi said...

yang ingin berubah juga kadangkala diuji..dan tersasar juga dari landasan...mcm saya...
sigh~~~

Anonymous said...

rasa2nya gomen kita sedar tak evolusi ni

Post a Comment

Followers