"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Sunday, 28 February 2010

andai kau dekat padaNya..

"Tiga perkara sesiapa yang ada padanya akan mendapat kemanisan iman. Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. dia benci untuk kembali pada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." (riwayat Bukhari dan Muslim).

Bismillah.. andai kemanisan iman yang dicari.. ramai orang yang menjalinkan hubungan. kernanya semakin jauh dia dari tuhannya. andai kau ingin merasai nikmatnya kesihatan, kau perlu merasai pahitnya ubat. begitulah dunia, apa yang dikata pahitnya sebuah perjuangan, itulah jalan untuk mencapai manisnya kejayaan yang diimpikan.

andai kemanisan iman yang dicari.. mencintai seseorang hanya kerna Allah.. bukan bagi sesiapa yang mengikut kata hati, yang hanyut dengan geloranya. bila setiap anggota sudah tidak terpelihara. bila hilangnya rasa malu, maka cacatlah sebahagian iman kamu.

keikhlasan di dalam perhubungan yang dijalin.. ramai orang yang menjalinkan persahabatan di atas dasar kepentingan diri, manfaat yang diperolehi dan sebagainya. bila hilang kepentingan dan manfaat, maka putuslah hubungan. di waktu kesusahan menimpa, kawan entah ke mana. carilah sahabat yang sentiasa mendampingkan diri dengan tuhannya, insya-Allah kita akan dilindungi. wallahua'lan.

1 comments:

nurqaseh said...

yg pahit tu sukar nk ditelan... :(

Post a Comment

Followers