"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Wednesday 3 March 2010

bila tibanya waktu kemusnahan..

Bismillahirrahmanirrahim.. syukur yang tidak terhingga ke hadhrat Ilahi kerna telah menjadikan kita sebagai sebaik-baik umat daripada sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan oleh-Nya. meneruskan perjuangan khatimin-nabiyyin sebagai pelita yang menerangi alam semesta.. untuk manusia membezakan antara kebaikan dan keburukan, kebenaran dan kepalsuan, hakikat dan khayalan..

kita adalah khatimul-ummah, yang mana tiada umat yang akan diutus selepas kita. kitalah yang akan menyambung perjuangan Rasulullah, merealisasikan setiap tugas yang telah diamanahkan.. menyebarkan dakwah Islamiyyah dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

setiap kita adalah jundullah.. pastinya kita tidak rela dan merelakan antara kita dipergunakan oleh musuh sebagai alat untuk menghancurkan dan memusnahkan umat Islam itu sendiri. sedarkah kita apa yang berlaku hari ini? kepemimpinan, media massa dan sebagainya seakan sengaja menjauhkan kita daripada cara hidup Islam yang sebenar.. mereka mengatakan inilah pembangunan dan kemodenan, namun apa yang diperlihat adalah satu bentuk budaya yang hanya akan menghakis nilai-nilai murni di dalam sebuah kehidupan seseorang muslim. inilah yang akan membawa kepada kerosakan umat Islam hari ini, seterusnya membawa kepada kemusnahan seluruh alam. wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

Followers