"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Wednesday, 2 December 2009

di mana "kata semangat"?

Bismillahi  wassalam... menjelang imtihan yang mungkin tak begitu lama lagi, lebih kurang sebulan setengah.. dikata pertengahan januari nanti. apa-apa pun persediaan adalah yang paling penting. di mana harus kita mulakan? di sinilah yang kebanyakan kita tercari-cari titik mulanya.. adakah harus menyerang di minit-minit awal pertandingan atau pun menunggu penghujung separuh masa kedua dan tibanya masa kecederaan? mungkinkah usaha di minit-minit akhir mampu menjaringkan gol yang banyak atau tidak menjaringkan sebarang gol?

manusia sememangnya lemah, tak mampu untuk berdiri dengan sendiri.. selalu tercari-cari "kata semangat". mungkin pesanan ibu bapa dah lama ditinggalkan, atau mungkin selalu terlupa kerna jarang di"refresh".. belajar jauh-jauh, nak talipon mak bapak sebulan sekali pun susah. atau mengharapkan "kata semangat" itu hadir dari sumber yang tidak diredhai-Nya.. sumber yang selalu membuat kita terleka. sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuknya.. tapi untuk study..?

mengorbankan masa salah pada tempatnya.. itu yang selalu berlaku. benar tidur itu ni'mat, tapi apabila kamu bangun maka terhentilah ni'mat itu di situ saja. belajarlah walau ia menyiksakan, kerna kamu akan merasa kemanisannya satu hari nanti.. dan kemanisan itu boleh juga dikongsi dan memberi manfaat kepada orang lain.

di mana "kata semangat"? di sinilah yang kita selalu ingat-mengingati tentang "tajdid niat".  "kata semangat" bukan hanya hadir dari kata-kata manis yang mungkin menipu diri kita sendiri, tapi ia hadir dari kasih sayang yang abadi yang hadir dari pengorbanan suci yang diredhai. wallahua'lam.. wassalam..

8 comments:

bdk x-madiwa said...

good luck exam

LuKLuK BaiDoa said...

salam elaik.

semoga Allah prmudahkan mengingat nota (kalau wat nota la)

Putraz April said...

salam alaik.....berusaha ,doa,sabar dan tawakkal pada Allah jalan keluar daripada masalah...

nasir said...

syukran semua..nota blm buat lagi.. :)

setiakasih said...

semangat
datang sebagai cahaya
terbit dari basuhan air suci
pada anggota
meresap ke hati
menerangkan yang gelap
melepaskan yang kusut
meredakan yang panas

semangat
lahir dari butiran debu wangi bumi
menyucikan
buat hati rasa tenang dengan ujian kering udara
ketika insan bertempur
perang minda dan raga
di tanah asing.


Allah SWT akan sentiasa menyebelahimu Akhi.

[asam]pedas said...

gud luck..semoga berjaya :)

Misztiara emua said...

~~tak sabar nak ''cari semangatku yg semakin pudar,,LAGI 5 HARI....

Anonymous said...

alhamdulillah.. alfu syukr kerana sudi berkngsi peringatan ini... mga redha Allah mengiringi hidupmu di dunia dan akhirat... wassalam...

Post a Comment

Followers