"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Showing posts with label perlu tahu. Show all posts
Showing posts with label perlu tahu. Show all posts

Sunday, 19 July 2009

bahaya menganggap sial kerna sesuatu...

Bismillahirrahmanirrahim... menganggap sial kerna sesuatu adalah sesuatu yang sangat dilarang oleh Allah s.w.t. dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan boleh membawa kepada kekufuran.

sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Bukan termasuk golongan kami siapa yang merasa sial, atau meminta diramalkan kesialannya, atau menenung, atau meminta ditenungkan, atau mensihir atau minta disihirkan". (HR. Thabrani)

menganggap hadirnya suatu musibah atau bala disebabkan oleh bunyi katak dan sebagainya adalah perkara yang sangat ditegah oleh syarak. orang-orang dulu juga ada yang menganggap hadirnya gagak membawa maksud akan berlakunya kematian, ini juga sesuatu yang sangat ditegah. Fir'aun dan pengikut-pengikutnya apabila ditimpa bala atau musibah, mereka menganggap hadirnya semua itu disebabkan oleh Nabi Musa dan orang-orang yang mengikut ajarannya.

begitulah mudahnya suatu yang ditegah oleh syarak melekat pada pemikiran kita tanpa kita sedari. meramal sesuatu dengan bantuan burung, jin dan sebagainya adalah sesuatu yang sangat dilarang. keterujaan kita untuk mengetahui sesuatu yang belum berlaku hanyalah pendustaan yang mengaburi mata. kita diperintahkan untuk bertawakal kepada Allah dan menyerahkan segalanya kepada-Nya.

Monday, 13 July 2009

makan haram...

Bismillahirrahmanirrahim... salam buat sahabat.. "makan haram" memakan harta yang haram atau yang syubhat bukan hanya bermakna memakan dengan menggunakan mulut. ia termasuk sesuatu yang kita gunakan dan mengambil manfaat ke atasnya. sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang kita tiada hak ke atasnya, tiada kuasa untuk menguruskannya dan secara ringkasnya bukan sesuatu yang kita miliki. harta benda, makanan, pakaian, maupun jasad seseorang.

memakan suatu yang haram boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada diri kita. janganlah sesekali kita "mengorbankan diri" untuk kepuasan yang sementara, itu adalah pengorbanan yang sia-sia. hilangnya keberkatan, hati menjadi keras dan gelap, cintakan dunia, amalan tak diterima, doa ditolak, dan berbagai-bagai kesialan yang menimpa. ini baru di dunia, di akhirat nanti raja segala api sudah tersedia. sanggupkah kita "mengorbankan diri" untuk semua ini?

sebuah hadith Nabi s.a.w. ada mengisahkan tentang seorang lelaki yang baru menempuh perjalanan yang jauh, rambutnya kusut, pakaian yang dipakai dari hasil yang haram, makanan yang dimakan dari hasil yang haram juga, kemudian ia menadahkan tangannya ke atas sambil berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! kata Nabi s.a.w. selanjutnya, dari mana doa orang ini akan diterima atau didengar oleh Allah, padahal semua pakaian dan makanannya dari hasil yang haram.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berhati-hati dan mengelak darinya. setitik darah yang mengalir dari hasil yang haram ibarat setitik nila yang gugur ke dalam belanga yang berisi susu di dalamnya. begitu susu itu berubah warnanya, begitu jugalah darah yang mengalir di dalam diri ini. sel-sel haram mula berkembang dan hati kian menghitam. mahukah kita semua ini? wassalam...

Friday, 10 July 2009

amalan sunat vs amalan wajib...

Bismillahirrahmanirrahim... Suatu hari Nabi s.a.w. solat subuh, selepas solat Nabi berpaling ke belakang dan mendapati ada seorang sahabat yang biasa solat berjemaah tidak ada di masjid. Nabi pun bertanya kepada sahabat ke mana lelaki itu pergi, kalau2 dia musafir atau pun sakit. maka semua sahabat tak tahu. setelah waktu bersurai, Nabi pun keluar dari masjid dan terus pergi ke rumah dia. Nabi memberi salam..maka keluarlah ibunya. Nabi bertanya.. "manakah anak kamu? kami tak ampak dia pagi ni.. adakah dia musafir atau pun tak sihat?" lalu kata ibunya, "ya Rasulullah! anak saya malam tadi bertahajud sepanjang malam, sementara menunggu waktu subuh dia tertidur. da bila dia terjaga, orang sudah selesai solat subuh berjemaah". lalu kata nabi, "sesungguhnya aku lebih suka seorang itu solat subuh berjemaah daripada bertahajud sepanjang malam tetapi tidak solat subuh berjemaah". al-hadith.

daripada hadith ini, apa yang kita dapat faham "sehebat mana pun amalam sunat seseorang itu tidak akan dapat mengatasi amalan wajib dari segi pahala amalannya". maka kerna itu, amalan yang kita buat yang orang ramai boleh menumpang terhadap amalan itu lebih baik daripada amalan yang dilakukan untuk diri sendiri dan orang ramai tidak boleh menumpang terhadap amalannya itu. seorang yang masuk masjid, solat sunat dan berzikir. dan seorang lagi masuk masjid, bentang tikar dan membuka suis kipas masjid, jauh lebih besar pahalanya dari orang pertama yang beramal hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

berpadalah pada melakukan amalan sunat dan jangan sesekali kerna amalan sunat itu menjejaskan satu amalan wajib.. dan kita perlu sedar akan hakikat "sehebat mana pun amalam sunat seseorang itu tidak akan dapat mengatasi amalan wajib dari segi pahala amalannya". di sini, bukan bererti saya tidak menggalakkan seseorang itu berlumba2 untuk melakukan amalan sunat. tapi, apa yang perlu kita sama2 sedar adalah hakikat itu tadi. dan suatu perkara yang kita perlu ingat "lakukanlah amalan sunat selama mana kamu masih merasa tidak sempurna dan masih ada cacat celanya pada amalan wajib yang kita lakukan". adakah kita masih cukup sempurna? sudah cukup khusyukkah kita dalam setiap amalan yang kita lakukan?

Friday, 26 June 2009

puasa rejab dan kelebihannya

1.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
...( Al-Hadis)
2.Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)
3.Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)
4.Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.
5.Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.
6.Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga.
7.Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.
8.Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
9.Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.
10.Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
11.Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)
12.Berkata Saidina Ali:- • Puasa rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. • Puasa rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. • Puasa rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
13.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
14.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.
15.Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari Qiamat.
16.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya; Berseru dari langit :- Bergmbiralah kamu dengan kemulian yang besar ; dan diminumkan dia ketika hendak mati.Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa , keluar kubur dengan puasa , dan masuk Syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas azab kubur (Al-Hadis) – Berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya)
17. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:- a.diampunkan dosanya yang lalu. b.dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. c.terlepas dari dahaga di hari Qiamat.
18.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
19.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti.
20.Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti Ibadat seribu Haji dan Umrah.Dibina seribu Mahligai , seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.
21.Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahala nya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. ---( Al-Hadis)
22.Rejab ertinya ta'zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan).........dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).
23.Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di Titian Sirotolmustaqim.

Followers