"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Friday 10 July 2009

amalan sunat vs amalan wajib...

Bismillahirrahmanirrahim... Suatu hari Nabi s.a.w. solat subuh, selepas solat Nabi berpaling ke belakang dan mendapati ada seorang sahabat yang biasa solat berjemaah tidak ada di masjid. Nabi pun bertanya kepada sahabat ke mana lelaki itu pergi, kalau2 dia musafir atau pun sakit. maka semua sahabat tak tahu. setelah waktu bersurai, Nabi pun keluar dari masjid dan terus pergi ke rumah dia. Nabi memberi salam..maka keluarlah ibunya. Nabi bertanya.. "manakah anak kamu? kami tak ampak dia pagi ni.. adakah dia musafir atau pun tak sihat?" lalu kata ibunya, "ya Rasulullah! anak saya malam tadi bertahajud sepanjang malam, sementara menunggu waktu subuh dia tertidur. da bila dia terjaga, orang sudah selesai solat subuh berjemaah". lalu kata nabi, "sesungguhnya aku lebih suka seorang itu solat subuh berjemaah daripada bertahajud sepanjang malam tetapi tidak solat subuh berjemaah". al-hadith.

daripada hadith ini, apa yang kita dapat faham "sehebat mana pun amalam sunat seseorang itu tidak akan dapat mengatasi amalan wajib dari segi pahala amalannya". maka kerna itu, amalan yang kita buat yang orang ramai boleh menumpang terhadap amalan itu lebih baik daripada amalan yang dilakukan untuk diri sendiri dan orang ramai tidak boleh menumpang terhadap amalannya itu. seorang yang masuk masjid, solat sunat dan berzikir. dan seorang lagi masuk masjid, bentang tikar dan membuka suis kipas masjid, jauh lebih besar pahalanya dari orang pertama yang beramal hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

berpadalah pada melakukan amalan sunat dan jangan sesekali kerna amalan sunat itu menjejaskan satu amalan wajib.. dan kita perlu sedar akan hakikat "sehebat mana pun amalam sunat seseorang itu tidak akan dapat mengatasi amalan wajib dari segi pahala amalannya". di sini, bukan bererti saya tidak menggalakkan seseorang itu berlumba2 untuk melakukan amalan sunat. tapi, apa yang perlu kita sama2 sedar adalah hakikat itu tadi. dan suatu perkara yang kita perlu ingat "lakukanlah amalan sunat selama mana kamu masih merasa tidak sempurna dan masih ada cacat celanya pada amalan wajib yang kita lakukan". adakah kita masih cukup sempurna? sudah cukup khusyukkah kita dalam setiap amalan yang kita lakukan?

0 comments:

Post a Comment

Followers