"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday 28 November 2009

tolak dan tarik dalam kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim.. salam eid buat semua.. hidup yang ada kebarangkalian.. berlakunya sesuatu tak tentu bagaimama jadinya. di situlah perlunya untuk merancang dan meneliti di dalam setiap pergerakan. samada yang hampir pasti warnanya atau masih samar-samar. gunakan akal sebaiknya, jangan sesekali cuba untuk merosakkannya, membuatkannya menjadi lembab, dan mengurangkan daya kekuatannya dalam menghafal fakta.

situasi dan kondisi adalah faktor utama yang menjadi daya penarik terhadap perancangan, perlakuan dan tindakan.. tak dapat dinafikan seseorang akan berubah dalam satu tempoh yang singkat atau agak panjang jika ia masuk dalam cara hidup dan suasana yang baru. di sinilah yang dikata berlakunya kejutan budaya. yang dulunya labuh kini disingkat-singkatkan, yang dulunya pemalu menjadi sosial yang tak terkawal dan sebagainya.

di sinilah perlunya jati diri yang kuat.. bukan takut untuk berubah, tapi syariat yang dipertahankan. lain pula situasinya dalan "pilihanraya". disebabkan gelombang yang melanda.. perempuan dah malu nak pakai tudung labuh, lelaki pulak malu nak pakai kain pelikat. bagi yang berilmu pula, malu untuk menjadi pemimpin dan kehadapan. maka tampillah pembaca meter TNB sebagai ketua menteri, pemegang sijil spm sebagai pegawai kepada mahasiswa yang lebih tinggi tahap pembelajarannya dan sebagainya.

pendidikan awal tentang agama dan jati diri yang kuat amatlah diperlukan.. berani hadapi apa jua rintangan. korbankan masa tenaga dan harta demi mencapai matlamat yang dituju. realisasikan semangat "qurban" di dalam diri kita. berani kerana kebenaran.. hayati kembali kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s. wallahua'lam.. wassalam..

1 comments:

misztiara emua said...

~~~setuju sangat...

Post a Comment

Followers