"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Sunday, 25 October 2009

sesat dalam cahaya..

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "perkara yg halal itu nyata, dan perkara yg haram itu nyata dan di antara keduanya perkara2 yg syubhat..." (H.R. Al-Bukhari)

Bismillahirrahmanirrahim.. dalam menjalani kehidupan seharian pastinya kita akan menemui tiga perkara; yang di antaranya perkara2 yang halal, (mudah2an kita sentiasa melakukannya) perkara2 yang haram, (semoga kita sentiasa menjauhi laranganNya) dan yang terakhir perkara2 yang syubhat. (suatu yang apabila kita melakukannya berkemungkinan besar akan terjerumus kepada melakukan perkara yang haram) dan setiap daripadanya mempunyai tarikan dan cabaran kepada diri kita untuk melakukannya.

melihat kepada apa yang berlaku hari2 dan apa yang berlaku sebelum ni.. adakah kita diciptakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan cacat pendengaran, penglihatan, dan tidak mempunyai otak untuk berfikir? bahkan kita telah diberikan kesemuanya.. nurullah yang menerangi sengaja dilindungi dengan payung2 munafiq, seolah2 sengaja menolak hidayah daripada Allah dan membiarkan diri berada dalam kesesatan. terus mengingkari arahan dan lebih teruk lagi menggalakkan berlakunya perkara2 yang mungkar.

kita dituntut untuk berubah dan merubah sedaya yang termampu.. "walaupun kita tak boleh menjadi yang terbaik, kita boleh menjadi yang lebih baik.." ingat! jangan kerna memikirkan diri kita tak cukup sempurna menyebabkan kita takut untuk menegur orang yang bersalah, takut untuk mendampingi seseorang yang dilihat hebat. kita bukan ma'sum.. setiap kita ada kelebihan dan kekurangan, dan kita diciptakan saling memerlukan. wallahua'lam..

sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "sesiapa yang berpegang dengan sunnahKu ketika rosaknya ummatKu, maka baginya pahala orang yang mati syahid." (dikeluarkan oleh Ath-Thabrani)

9 comments:

shahadah said...

ya Allah, bantulah kami untuk menjadi yg lebih baik..amin...
hm...

Anonymous said...

salam, bleh saya tau apa nama tajuk nie dalam bloh nie..bila buka blog nie ada lagu..lagu nie saya nak download..apa ye nam lagu nie..

nasir said...

wsalam..tajuk lagu nie 'rintihanku' nyanyian kumpulan nasyid assaufee.

Anonymous said...

terima kasih ye nasir..lagu nie wat saya nak dgar berkali2 tanpa henti..pas nie nak hfal pula liriknya..

Anonymous said...

pe yg ko nk hafal nye
baik ko hafal hadis rasullah kan elok...muhahahahah

nurkasih said...

tul kata anonymous kedua...per yg ko nak hflnya? hehehe...wat wat pening kepala otak jer. dngr jer dah la yekk?

sueella said...

ku masih mengharapkan ada sinar cahaya itu..apabila kadanga-kala aku tersesat.. izinkan saya amik entry ini..

nasir said...

silakan sueella..mmg setiap n3 dlm blog nie utk perkongsian bersama..moga ada manfaat..

hamidie ismail said...

terima kasih...nasir...blog ini byk meyedarkn saya dan insan yang saya sayang...terimakasih sekali lg...insyaallah kami br2 brsyukur (abie n umie)

Post a Comment

Followers