"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Thursday 8 October 2009

kasihku pada wanita..

Bismillahirrahmanirrahim.. wanita... kau hiasan duniawi, pendamping di sisi di kala sepi.. sesuai dengan penciptaanmu.. hadir saat Adam memerlukan. dirimu punya tarikan.. pujukanmu menundukkan..kernamu Adam diturunkan ke bumi.

dunia yang hadir hari ini seolah2 tidak menyayangimu.. kau menjadi semut putih di tengah2 ribuan semut hitam jika kau menjadi muslimah yang sejati.. situasi yang menjadikan semua ini.. namun kau perlu tabah. apa yang ku lihat sama dengan apa yang kau lihat.. jika kau rasa ingin menarik, kami akan rasa lebih tertarik..

ke atas mu bukan hanya untuk menutupi.. bahkan untuk melindungi.. ruang fitnah itu tajam.. perihatilah kepada diri sendiri. perihatinlah kepada mata2 yang melihat. kau bukan hanya akan membinasakan diri.. lebih ldari itu akan membinasakan orang lain.

sabda Rasulullah  dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah bersabda: Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedahkan dan dihias bagaikan goh2 unta. Wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu baunya walaupun bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.”

0 comments:

Post a Comment

Followers