"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Sunday 11 October 2009

tika terbunuhnya rasa malu..

Bismillahirrahmanirrahim... salam buat pembaca yang dikasihi.. manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah yang sangat suci. sifat malu yang tidak perlu diajar, mamun perlu kepada bimbingan dan penjagaan yang sempurna. ia adalah perhiasan yang sangat indah, khasnya buat wanita2 muslimah di luar sana.

malu yang paling utama adalah kepada Pencipta Yang Maha Esa.. apabila tiada rasa malu kepada Allah, manusia akan mudah melakukan maksiat.. di mana maksiat itu akan menghilangkan sedikit demi sedikit sifat malu di dalam diri kita. kerana maksiat itu akan menghakis iman, bila iman terhakis hilanglah rasa malu.. mula2 melakukan maksiat secara sembunyi, dan akhirnya secara terbuka. dr Abi Hurairah r.a. ia telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. "iman itu mempunyai tujuh puluh lebih cabang, dan malu itu satu cabang daripada iman." (H.R. Muslim)

dosa2 yang kita lakukan merupakan racun yang membunuh sifat malu.. di mana waktu ini maksiat2 dilakukan secara terangan, manusia tidak segan silu meninggalkan solat, ada pun yang solat tidak segan mengqadanya dengan sengaja.. ini berlaku, bahkan di kalangan kita yang mengaji agama. aurat dijaja ke sana sini. kelakuan yang tidak senonoh di dalam filem, drama, dan dunia nyata yang kita melihatnya sendiri.

apa yang dicari? mengorbankan rasa malu untuk kepuasan masa muda? orang tua pun ramai yang dah hilang perasaan malu.. cermin diri kita.. masih ada waktu untuk kita berubah dan mengubah sedaya yang termampu. wallahua'lam.. wassalam..

2 comments:

sueella said...

aku juga malu pada diri sendiri apabila aku tersedar aku melakukan kesilapan

nasir said...

alhamdulillah ade kesedaran..semoga keredhaan Allah bersama kita..

Post a Comment

Followers