"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Friday 2 October 2009

antara hitam dan putih..

Bismillahirrahmanirrahim.. salam syawal buat sahabat yang dikasihi.. di dalam kita menjalani sebuah kehidupan, susah senang adalah sesuatu yang mesti diterima oleh setiap orang.. tak mengira baik buruk kelakuannya dan sebagainya. terkadang orang yang baik itu sengsara kehidupannya, manakala yang jahat pula penuh dengan kenikmatan dan kemewahan.

orang yang jahat itu selalu dibenci dan dikeji.. orang yang baik pula dikasihi dan disayangi. ibarat kain hitam yang mengotorkan tangan orang yang memegangnya, dan kain putih yang bersih lagi harum semerbak baunya. kenikmatan dan kemewahan hidup di dunia ini hanyalah sementara.. apabila kamu kufur, bila-bila saja Allah akan menarik kembali nikmatNya dan menurunkan bala.

susah senang hidup di dunia ini bukanlah ukuran terhadap kasih sayang Allah kepada kita.. Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Ia kehendaki. kita sendiri dapat lihat.. orang yang dibenci oleh masyarakat kerana kelakuannya yang sangat buruk dan keji.. mempunyai harta yang banyak dan kehidupan yang menyenangkan.

ingatlah! dunia ini hanya sementara, apa yang diberi semuanya pinjaman yang diamanahkan kepada kita. janganlah sekali-kali kita kufur kerananya.. hidup+ujian.

0 comments:

Post a Comment

Followers