"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Monday, 14 September 2009

di balik tirai malam..

Bismillahirrahmanirrahim... jam menunjukkan 12:15 pagi.. mereka memulakan langkah menuju ke satu destinasi. lelaki, wanita, dan anak2 kecil yang mengikut keduanya. satu destinasi, mencari bekal ke satu destinasi yang abadi.

di kala mataku terpejam.. lena dibuai mimipi dan ilusi. alunan bacaan ayat2 suci kedengaran menusup sayu. lidah2 basah dengan memuji dan mengingati, Dia.. pencipta satu malam yang tersembunyi. hanya dengan kesungguhan berjaya menemui.

jiwa yang dibelenggu hanya mampu terbujur kaku.. bangun tidak melakukan, dan hanya melihat apa yang berlaku. mereka jauh berbeza dibanding kita yang di sana. bagaimana mengubah dunia di kala diriku yang masih sama?

10 malam terakhir manis di lidah hendak merasa.. namum hakikat jasad tidak melakukan apa2. dunia indah di pandangan mata.. janjiNya, hanya dengan iman dan 'amal kita dapat membeza.

0 comments:

Post a Comment

Followers