"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday, 12 September 2009

ramadhan terus berlalu..

Bismillahirrahmanirrahim.. salam ramadhan.. alhamdulillah kita telah berada di penghujungnya. bagaimana hari2 yang telah berlalu? apakah gunanya memikirkan masa2 yang sudah berlalu? muhasabah diri.. menginsafi kesilapan.. perbaiki kekurangan.. masih ada kesempatan.

keindahan ramadhan.. bukan hanya pada pelita yang dinyalakan di malam hari, bukan jua makanan yang enak seindah mata memandang ketika berbuka. keindahannya bila kita dapat mengutip bintang2 yang berkerdipan di malam harinya. berjaga sepanjang malam mengharap bulan jatuh ke riba. yakinlah dengan janjiNya.

rugilah ramadhan bagi sesiapa yang tidak merasa keperitannya.. lapar, dahaga, dan kepanasannya. siang diisi dengan tidur sepanjang masa, tinggal bangun bila waktu hendak berbuka. malam pula qiblatnya komputer, tv, dan sebagainya. ini realiti.. ku telah melihat dan menyaksikannya.

tirai ramadhan belum lagi akan dilabuhkan. membanyakkan amalan selagi mana ada kesempatan. ayuh semua kita memperbaiki diri.. biar hari ini lebih baik daripada semalam.

0 comments:

Post a Comment

Followers