"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Friday, 25 September 2009

bagaikan membawa satu cerita..

Angin malam selembut sutera
Bertiup seolah menyampaikan satu berita.
Huruf demi huruf ku rasakan membisik ke telinga
Perkataan demi perkataan ku cuba menterjemahkannya.

Aku bagaikan mula memahaminya
1001 di antara kisah2 kehidupan dunia.
Mungkin cerita itu tentang mereka
Mungkin cerita itu bagi sesiapa saja yg menterjemahkannya.

Kesyahduan malam selalu membawa ku menyendiri
Bermuhasabah menyedari kelemahan diri.
Jasad yg dibawa ke sana dan ke sini
Mudah2an sentiasa dgn keredhaan Ilahi.

Diri yg selalu menyerah dgn telunjuk duniawi
Mengalah dgn nafsu yg terus menguasai.
Langkah demi langkah ku cuba utk kembali
Wlupun hakikatnya 100 langkah tlh pergi.

~keinsafan itu biasanya datang di kala kita menyendiri~

0 comments:

Post a Comment

Followers