"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Sunday, 5 July 2009

Sedikit kata-kata untuk renungan bersama...

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa mengaku cinta kepada syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi tidak cinta kepada ulama' dan kaum muslimin, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah s.w.t. tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.

Imam Al-Ghazali

0 comments:

Post a Comment

Followers