"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Thursday, 30 April 2009

bila terfikir untuk bercinta...

Ku mulakan kalam ini dengan bismillah... atas dasar cinta padaNya.
Sesebuah cinta mungkin tiada penghujungnya, akan tetapi ada permulaannya. Cinta itu kebiasaannya bermula dengan persahabatan di antara satu individu dengan individu yang lain, barulah ia dinamakan percintaan.

Cinta yang suci bukanlah cinta yang didasarkan kepada hawa nafsu, atau pun cinta yang dianggap suci tetapi masih tewas dengan keinginan nafsu. Cinta yang sebenar ialah setia dalam bercinta antara dua individu serta tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebua Hadis Qudsi yang bermaksud:
"Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang saling sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu.".

Sejauh mana kita peka terhadap cintaNya? adakah kita bercita-cita untuk mendapat cintaNya? Jauhilah cinta terlarang, jauhilah cinta tidak syar'i. Sesungguhnya ia adalah penghalang terhadap cinta Allah.
 

4 comments:

sUcimuRni said...

"Jauhilah cinta terlarang, jauhilah cinta tidak syar'i"

bila cinta yang terlarang ini sudah kita hidapi, susah untuk kita sedari perubahan diri dan susah untuk lari dari dosa yang tersembunyi dalam HATI..

refah00 said...

dalam gambar tu budak kecil guna dia untuk elakkan syaitan jadi yang ketiga ke

p.u.j.a.a.n.s.e.7.e.n™ said...

kat atas tu gambar orang dah nikah la... cara terbaik untuk mengelak fitnah dengan bercinta selepas bernikah. memang susah untuk jadi yang terbaik.

as-sirr'ul asma said...

assalamu'alaikum..
ha! betul betul betul!
untuk mengelak fitnah cinta melanda diri tu, kahwin dulu barulah bercinta. alasan nak kenal2 bolehlah dibuat semasa bertunang. ye x?
*peace*

Post a Comment

Followers