Ku mulakan kalam ini dengan bismillah... atas dasar cinta padaNya.
Sesebuah cinta mungkin tiada penghujungnya, akan tetapi ada permulaannya. Cinta itu kebiasaannya bermula dengan persahabatan di antara satu individu dengan individu yang lain, barulah ia dinamakan percintaan.
Cinta yang suci bukanlah cinta yang didasarkan kepada hawa nafsu, atau pun cinta yang dianggap suci tetapi masih tewas dengan keinginan nafsu. Cinta yang sebenar ialah setia dalam bercinta antara dua individu serta tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebua Hadis Qudsi yang bermaksud:
"Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang saling sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu.".
Sejauh mana kita peka terhadap cintaNya? adakah kita bercita-cita untuk mendapat cintaNya? Jauhilah cinta terlarang, jauhilah cinta tidak syar'i. Sesungguhnya ia adalah penghalang terhadap cinta Allah.



