Perumpamaan seorang jahil yang cuai adlam menuntut ilmu yang wajib, umpama seorang hamba yang dikirim surat oleh tuannya, yang menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara. Malangnya si hamba tidak melihat isi surat itu, kerana tidak mengerti apa yang terkandung di dalamnya, padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain.
Demikian juga perumpamaan seorang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, laksana seorang hamba yang melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, akan tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.
Sumber: NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN
Oleh: Imam Habib Abdullah Haddad. m/s:96.
0 comments:
Post a Comment