"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Sunday 3 May 2009

pilihlah yang beragama...

 
Bilamana kamu terfikir hendak mencari teman hidup atau pasangan hidup, pilihlah yang berpegang teguh pada agama, kerana keindahan dunia hanyalah syurga bagi orang-orang yang selalu leka dan menjauhkan diri dari penciptanya. Kecantikan paras rupa dan kemewahan dunia hanyalah kaca yang selalu membuat kita tertipu dan lupa padaNya.

Sabda Rasulullah s.a.w.  yang bermaksud: "Jangan sekali-kali kamu menikahi wanita kerana kecantikan mereka, mungkin kecantikan mereka yang mencelakakan mereka. Dan jangan kamu menikahi mereka kerana harta mereka, mungkin harta mereka menyebabkan mereka bermegah diri dan takabbur. Tetapi nikahilah mereka kerana agama."

Walaupun masih ada, ia ibarat sebutir permata yang jatuh di lautan kaca. begitulah sukarnya untuk mencari wanita yang betul-betul sempurna. Carilah yang beragama untuk kebahagiaan yang hakiki dan abadi.

0 comments:

Post a Comment

Followers