"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Showing posts with label persoalan dan jawapan. Show all posts
Showing posts with label persoalan dan jawapan. Show all posts

Friday, 31 July 2009

mengantuk tak kena tempat... di mana punca?

Bismillahirrahmanirrahim... mengantuk adalah perkara yang biasa kita alami. adatnya berlaku di kala waktu menjelang tengah malam. badan yang berkerja seharian memerlukan tidur sebagai kerehatan, dan mengantuk adalah muqaddimah kepada tidur.

tidur yang secukupnya sangat penting untuk diri kita, untuk kita melakukan kerja-kerja seharian dan menunaikan ibadat dengan sempurna. waktu malam yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan kegelapannya, kegelapan yang memudahkan untuk kita melakukan tidur dengan sempurna.

tidur yang tidak sempurna pula akan mempengaruhi kehidupan seharian kita. jika kita seorang pelajar, kita akan mengantuk di masa pengajian dan akan hilang tumpuan terhadap pelajaran. jika kita seorang yang sedang mendirikan solat, kemungkinan besar kita aan melakukan kesilapan terhadap perbuatan, apa lagi pembacaan kita di dalam solat.

daripada Anas r.a. Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "apabila salah seorang daripada kamu mengantuk ketika solat, hendaklah ia tidur sehingga dia tahu apa yang dibaca akan dia". (H.R. Al-Bukhari)

~sempurnakanlah tidur mu untuk hari-hari yang sempurna...

Wednesday, 22 July 2009

ikhlaskah kita?

Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menulis. hari ini 1 sya'ban, sya'ban adalah bulan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan sudah maklum kita semua sangat dituntut untuk berpuasa sunat pada bulan ini. bulan rejab telah berlalu, adakah ia digunakan dengan sebaiknya? atau kelebihan-kelebihan yang ada dibiarkan berlalu begitu saja?

setiap ibadat sunat yang kita lakukan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmatNya dan semata-mata mengharap redhaNya. semoga ianya dapat menampung segala cacat cela di dalam setiap ibadat fardhu yang kita lakukan. kesilapan, kealpaan, dan kelalaian yang kita lakukan. dan yang paling penting, ikhlaskah niat kita di dalan setiap ibadat fardhu dan sunat yang kita kerjakan?

niat adalah perkara utama di dalam setiap amalan kita. niat kita mesti hanya kerna Allah dan mengharap redhaNya. walaupun kita menginfakkan seluruh harta, menyebarkan semua ilmu yang ada, mahupun berjihad dan mati syahid. jika ada niat kerna manusia dan dipandang mulia., maka semuanya hanya sia-sia di sisi Allah s.w.t. dan hanya neraka yang layak bagi kita.

memang susah untuk mengikhlaskan niat kita, melainkan jika hati kita betul-betul bersih. semuanya bermula dari hati. jagalah hati, jangan kau kotori. elakkan dari melakukan maksiat lahiriah atau pun bathiniah yang boleh merosakkan hati kita. ya Allah!! ikhlaskanlah niat hambaMu ini dalam setiap perkara yang aku lakukan.. amin!! wassalam.

Thursday, 11 June 2009

adakah cinta perlu bersebab?

Bismillah... salam buat sahabat-sahabat seperjuangan. ana nak kongsi sebuah cerita yang ana baru baca. agak menarik untuk diperhatikan. dan agak menarik juga untuk dijadikan satu jalan penilaian.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati.”

Followers