"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Wednesday, 8 September 2010

jadikan tarbiyah Ramadhan yang membina..

Nabi s.a.w. bersabda :Wahai sekalian manusia, sebarkan salam, berilah orang miskin makan, dan solatlah pada waktu malam ketika semua manusia tidur, niscaya kalian masuk Syurga dengan selamat. (H.R. at-Tirmizi)

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. Ramadhan yang kita lalui hampir disempurnakan, sempurna dengan amalan dan penuh penghayatan. bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, mulut terus mengatakan itu dan ini, kelakuan tetap menyalahi syariat dan adat. tinggalkan kehitaman yang menyelubungi, kejarlah pintu-pintu rahmat-Nya yang luas terbuka. sepuluh malam terakhir yang menjanjikan ganjaran berlipat ganda.

keindahan Ramadhan yang menyucikan hati manusia, dengan segala amalan dan penghayatan kan terasa dekat dengan Allah. bulan merapatkan sillah dan menjalin ukhuwah, berkongsi nikmat dengan berbuka bersama, solat jamaah dan tilawah, memperbanyakkan doa kepada Allah dan sebagainya. keindahan Ramadhan yang wajar diteruskan di bulan-bulan yang lain, agar hati manusia tetap suci dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

alangkah beratnya menolak godaan hawa nafsu.. di kala Ramadhan syaitan dibelenggu ia terus membara, bayangkan sebelas bulan yang lain menghadapi hasutan syaitan yang durjana. mampukah kita? dekatkanlah diri kita kepada Allah nescaya kita akan dilindungi oleh-Nya. ingatlah, "as-solat sillah baina 'abdi wa Rabbih" solat itu penghubung antara hamba dan Tuhannya. lazimkanlah solat malam ketika manusia sedang tidur, pintalah keampunan dari Allah, pintalah apa saja yang dibolehkan dan moga Ia mengabulkannya. 

sambutlah Syawal dengan melaungkan takbir membesarkan keagungan-Nya.. berpalinglah dari kemungkaran yang di hadapkan kepada kita. elakkan pembaziran yang berlebihan. jadikan tarbiyah Ramadhan sebagai pembina untuk mennghadapi bulan-bulan yang mendatang. wallahua'lam...

0 comments:

Post a Comment

Followers