"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday, 17 July 2010

juga ingin berbakti...

Bismillah... meningkatnya usia seseorang, bertambahlah bebanan untuk mematangkan diri. terlalu mudah jika dikatakan kematangan akan datang dengan sendiri, usahalah untuk memberi keputusan yang terbaik. terkadang kita perlu memilih jalan yang sukar untuk mendapatkannya.

menyedari diri yang masih di peringkat bimbingan dan meningkatkan daya, yang masih mangharapkan sumbangan untuk terus hidup.. untuk terus mengejar cita-cita. hanya yang kuat dan tabah akan mampu merealisasikannya. kegagalan hanyalah proses untuk kita menilai segala kesilapan dan kelemahan, seterusnya cuba untuk mengatasi segala halangan yang ada.

membakar semangat di dalam diri, mewujudkan suasana yang sentiasa tegang.. agar melahirkan jiwa yang agresif dan hanya memandang ke hadapan. sentiasa berfikiran positif dengan menganggap "ada hikmah pada setiap kejadian". tak perlu untuk terlalu meratapi, selagi mana jasad bernafas kita mampu untuk merubah dunia.

bagaimana boleh untuk kita berbakti? cuba mengejar impian.. mungkinkah sudah memadai untuk mereka? kejarlah keredhaan Ilahi, kan ada penyelesaian bagi setiap persoalan. wallahua'lam.. wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Followers