"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Wednesday 15 September 2010

berapa panjangkah umur kita?

Bismillahirrahmanirrahim..

pernahkah persoalan ini timbul di dalam pemikiran kita? sebagai orang yang beriman dengan hari kebangkitan, sangat wajarlah bagi kita untuk sentiasa berwaspada.. tiada seorang hamba pun yang mengetahui berapa panjangkah umur yang dikurniakan oleh Allah, maka tiap saat yang mendatang adalah kematian baginya.

umur yang panjang tiada gunanya andai tidak diisi dengan amalan yang baik, nikmat yang tidak disyukuri kan mendatangkan kecelakaan kepada diri. betapa baiknya bayi yang mati selepas dilahirkan tanpa melakukan amalan yang buruk, alangkah untungnya tidak merasai ujian di dalam kehidupan. namun bagi kita yang hidup, alangkah untungnya andai umur yang panjang diisi dengan amalan yang baik.

isilah seluruh kehidupan kita dengan hiasan al-Quran, ubati jiwa kita dengannya.. selesaikan segala permasalahan dengannya.. kebanyakan manusia menganggap al-Quran itu hanyalah bagi mereka yang telah
mati, dibacakan pada malam jumaat dan di perkuburan. maka bertebarlah kerosakan dan kesesatan.. perbuatan zina berleluasa, pembuangan bayi merata-rata, semakin ramai yang berani membunuh..

ubatilah diri kita sementara ada masa muda bagi kita, sebelum tibanya masa yang tiada ubat baginya.. itulah dia masa tua.. kerna bila tiba masanya kemampuan kita kan terbatas, banyak nikmat yang telah ditarik dari diri kita.. maka ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara;

MUDA SEBELUM TUA
,
KAYA SEBELUM MISKIN,
LAPANG SEBELUM SIBUK
,
HIDUP SEBELUM MATI,

SIHAT SEBELUM SAKIT.

wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

Followers