"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday 13 February 2010

kenali situasi dan kondisi..

Bismillahirrahmanirrahim.. assalamu'alaikum.. mengenal situasi dan kondisi adalah sangat penting di dalam kehidupan seseorang, lebih2 lagi bagi seorang yang bergelar pendakwah.. pendekatan yang berbeza dengan keadaan dan persekitaran yang barlainan.

sudah menjadi lumrah, masyarakat di satu2 daerah akan merasa janggal apabila ada seorang daripada mereka atau pun orang luar melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kebiasaan yang mereka lakukan.. sebagai contoh; seorang pemuda yang baru pulang dari Mesir menjadi imam solat di masjid kampong dengan memakai seluar jeans dan t-shirt, dengan alasan mengikut apa yang dilakukan oleh orang arab. adakah ini satu tidakan yang bijak?

sahabat2 lihat sendiri; seoang petani yang bekerja di kebun tidak dapat tidak akan pulang ke rumahnya untuk menukar pakaian sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat. berlainan apa yang berlaku di Mesir, mereka akan ke masjid dengan pakaian kerja mereka, hatta ketika solat jumaat.. di sini perbezaannya.

"jika kamu masuk ke dalam kandang harimau dengan mengembik nescaya kamu akan diterkamnya kerna kamu disangka adalah mangsanya, dan jika kamu masuk ke dalam kandang kambing dengan mengaum nescaya kambing2 akan lari ketakutan kerna disangka kamu adalah pemangsanya.." fikir2kanlah..

2 comments:

linn said...

moral...dalam beramal juga perlu peka pada persekitaran...

nurul89 said...

pengajarannya...kita seharusnya bijak dalam mengatur tutur kata dan tingkah laku kita...selaraskan perlakuan kita mengikut suasana dan keadaan setempat...selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat...dan, jangan jadikan hal yang remeh sebagai perkara yang perlu diperdebatkan sehebatnya..sedangkan...perkara yang lebih penting untuk kita berikan tumpuan kita abaikan...

Post a Comment

Followers