Bismillahirrahmanirrahim... dalam menjalani kehidupan seharian tidak dapat tidak pergaulan adalah suatu yang pasti akan berlaku, adalah menjadi kepelikan dan menyalahi tabiat seorang insan apabila hari2 yang berlalu dihabiskan dengan menyendiri dan tinggal jauh dari orang lain. namun jika ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian, maka tidak mengapa.
bila bercerita tentang pergaulan yang pasti ada di dalamnya perbicaraan, perbualan dan kata2.. yang menjadi perbezaan hanyalah sedikit atau banyak, baik atau buruk, benar tau dusta, bermanfaat atau hanya omongan kosong. yang pastinya setiap kata2 yang keluar memberi kesan kepada telinga yang mendengarnya, juga kepada yang berkata akan dipertanggungjawabkan atas segalanya. adakah ia ilmu yang berguna? adakah ia dusta dan fitnah?
pepatah ada mengatakan "kerna pulut santan binasa, kerna mulut badan binasa". binasa dengan hukuman yang menanti, yang mungkin di sini dan sudah pasti menanti di sana. bergantung atas ketentuanNya. bertikam lidah yang membawa kepada pergaduhan hingga bertikam dengan pisau, pedang dan sebagainya.
adakah kamu seorang yang pendiam? berbicaralah kamu untuk menghidupkan suasana.. jangan biarkan masa hidupmu seperti sudah mati, namun sentiasalah kamu berhati2. wallahua'lam..
12 comments:
suka perenggan bawah tu...
adakah kamu seorang yang pendiam? berbicaralah kamu untuk menghidupkan suasana.. jangan biarkan masa hidupmu seperti sudah mati, namun sentiasalah kamu berhati2.
yup..sama ngan lin..suka jgk ayat tu..=)
Salam.
apakah batas pergaulan berbicara di internet?
wsalam..
bicaralah mengikut keperluan..gunakan kalam yg baik..jauhkan lunak kata yg menggoda..pelihara mata dan lisan darpd melakukan zina.
salam...ya diam lebih baik dari bercakap..tapi jika kita nak tegur seseorang...dan org tu xnak terima..perlu ke kita diam jugak?
wsalam nur jannah..p'dekatan yg perlu kita buat mengikut situasi dan kondisi.org yg ditegur di bwh kuasa kita atau sblknya,dan berbagai lg faktor yg perlu kita lihat.
tapi seandainya...situasi tu terlalu memksa kita utk menegur or nasihat org...seandainya kita diam x tegur atas kekilafannya..bukan kah ia berdosa? dan akan timbul rs bersalah..sebb x cuba nsht dia..
kita hanya dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu yg kita mampu utk melakukannya..dlm masalah menegur atau menasihat kan Rasulullah ada bersabda yg maksudnya:
"siapa yg melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dgn tangannya(kuasa),klu x mampu ubahlah dgn lisannya(nasihat),klu x mampu ubahlah dgn hatinya(benci).dan demikian adlh selemah2 iman."
realisasikan hadis nie.xkan kemampuan kita di tahap ke3 jer.
SALAM...ana nak katakan dalam kategori 1...sebab ana mmg direct..tp mslh nya..susah nak buat org terima akan nasihat dan teguran kita..kdg2..kwn2 ana selalu kata lebih baik diam je..xperlu jaga tepi kain org..susah nak terima..ana terima dgn sabar
salam kenalan... nice blog~~~
~~~Salam.,cuba buka AL-quran,,bukankah nabi musa menegur firaun yg mungkar itu dengan perkataan yg lemah lembut...maka tak perlulah bila nak menegur seseorg dgn cara yg kasar ,selebihnya berdoalah agar mereka yg patut menerima teguran berubah mnjadi yg lebih baik...jika niat kita kerana ALLAH dan bukan kerana amarah semata...insyaallah pasti akan mendatangkan kebaikan.
~~~~ berbicaralah kamu untuk menghidupkan suasana.. jangan biarkan masa hidupmu seperti sudah mati, namun sentiasalah kamu berhati2.
Ayat ini memang tepat dan bermakna..semoga ALLAH meliputi Nasiruddin b. Mohamad Jahar dengan rahmatnya selalu..blogs ini sgt bagus dan berguna..;-)
Post a Comment