"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday 17 October 2009

diri ini amanah dariNya..

Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah.. setelah melalui beberapa jalan kehidupan, akhirnya kita sampai di sini. satu tahap dan pencapaian yang kita boleh mengukurnya sendiri.. sejauh mana kita berpegang dengan amanah yang diberi? adakah diri ini masih sempurna? adakah diri ini telah dinodai dan akan dituntut ganti ruginya satu hari nanti?

memang hidup ini penuh dengan liku2nya.. namun kita telah diberikan tukul dan pemahat untuk mengukirnya, menjadikannya sesuai dengan segala yang dikehendakiNya. namun kita yang selalu menyalahkan keadaan.. dikata; 'kerna keadaan ku jadi begini..' kenapa perlu tewas dengan keadaan? tidakkah engkau tahu tentang dua peninggalan yang dibekalkan oleh Rasulullah untuk panduan hidup kita?

kita dituntut untuk menyempurnakan amanah yang telah diberi.. di mana kebahagiaan jika terpaksa menempuh berbagai liku?  ramai yang hidup sengsara dan serba kekurangan.. tak sanggupkah berkorban demi mendapatkan mardhotillah? itulah kebahagiaan yang abadi.. sebagai janji bagi sesiapa yang menunaikan segalanya.

berlaku amanah kepada diri sendiri itu lebih sukar berbanding berlaku amanah kepada orang lain.. amanah kepada diri mungkin menuntut kepada pengorbanan yang balasannya hanya satu janji. namun amanah kepada orang lain, mungkin balasannya ada di depan mata.. kernanya kita sanggup melakukan apa saja.. wallahua'lam..

4 comments:

nurul ashikin said...

salam..terasa menusuk artikel yang ni..byknyer amanah y dipikul pd kter sebagai hambaNYA yang x tertunai oleh kter..::muhasabah blk ap y kter lakukan sepanjang hidup y dikurniakanNya:: seperti firman ALLAH SWT dalam surah ahzab ayat 72 ~ huh,beratnya amanah!! ~

aminaazza said...

salam...
bila difikirkan memang terasa berat amanah yang dipikul namun apakan daya amanah tetap amanah..tidak boleh ditolak dan mengeluh begitu sahaja..jadikan amanah itu sebagai ujian yang hebat untuk diri sendiri...

wassalam...

hidup ujian said...

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
wsalam..sungguh berat amanah ini..namun kita telah dicipta sebagai sebaik2 makhluknya.dan kita dibekalkan dgn kekuatan utk menanggung segalanya..sesungguhnya Allah memberi amanah bkn utk menzalimi hambaNya..

zakir932 said...

amanah itu ialah rahsia dan menjadi berat seberat beratnya apabila amanah itu ditanggung oleh nafsu yang tercela

Post a Comment

Followers