"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Monday, 24 August 2009

ujian dalam ujian...

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadhrat Ilahi.. setelah sekian lama meninggalkan kita, kini dia datang lagi. dah masuk hari ke-4 pun.. alhamdulillah masih diberi kesempatan.

umpama "mimpi dalam mimpi", begitu juga "ujian dalam ujian". seperti sukar untuk difikirkan, namun ku tetap akan memberi penjelasan. tak susah pun sebenarnya.. puasa merupakan medan ujian yang agak sukar bagi kita.. mengapa sukar? sukar bila memikirkan banyak perkara syubhat yang boleh menyebabkan cacatnya puasa kita.. terkadang bila kita berpuasa menyebabkan kita manjadi lebih peka, peka terhadap situasi di sekeliling kita. alhamdulillah kalau ini berlaku.

perkara syubhat yang kita biasa lihat, tonton, dan perhatikan.. secara langsung atau pun ulang tayang. terkadang kita memandang remeh soal ini, hakikatnya ia adalah antara benih-banih yang menumbuhkan tompok-tompok hitam yang menggelapkan hati kita. itulah hakikat "imsak" bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, perkara-parkara yang boleh membatalkan puasa, bahkan semua perkara yang boleh mencacatkannya.

itulah ujian puasa.. apakah pula ujian dalam ujian puasa? ia sekadar mengisahkan tentang diri ini yang dilanda demam sejak semalam, walau pun hakikatnya sakit tekak dan selsema sejak puasa hari pertama lagi. sesungguhnya ini semua ketentuan Ilahi, aku terima dengan hati yang redha dan penuh pengharapan terhadap maghfirahNya. moga ujian ini membakar dosa-dosaku..

0 comments:

Post a Comment

Followers