"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Saturday, 15 August 2009

perubahan yang ku harapkan...

Bismillahirrahmanirrahim... lama blog ini tidak diupdate, alhamdulillah hari ini diberi kesempatan olehNya. walaupun hakikatnya diri ini terasa sangat banyak mensia-siakan masa. ya Allah! jadikanlah diriku ini hambaMu yang bersyukur.

dikatakan; esok insya-Allah natijah akan keluar. tangan ini menggenggam erat seribu satu harapan, walaupun hakikatnya "ntah hape2 yang aku jawab dalam imtihan baru2 nih". hanya pada Allah ku serahkan segala, kerna ku telah mencuba sedaya.

alhamdulillah.. minggu lepas satu berita gembira telah sampai ke pengetahuanku. akhi Soleh telah najah imtihan, dan berjaya naik ke tahun 4 kuliah lughah di Zagazig. abang mane tak gembira kalau adiknya berjaya kan..? walaupun hakikatnya, aku masih menunggu keputusan dan masih berada di tahun 3 kuliah syariah di Damanhur ni.

sudah hampir genap dua tahun berada di Mesir.. puasa pun beberapa hari saja lagi. aku bertolak ke sini 15/09/2007, masa tu awal Ramadhan. nak masuk raya ketiga pun kat sini. alhamdulillah.. mudah-mudahan setahun lagi. doa dengan penuh pengharapan...

0 comments:

Post a Comment

Followers