"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Monday, 8 June 2009

nafsu dan angan-angan...

Bismillah... alhamdulillah hari ni ana berkesempatan untuk mencatat sesuatu di blog ni. satu nikmat yang amat besar apabila kita diberikan sebegitu banyak masa yang terluang. amat rugilah bagi sesiapa yang menggunakannya kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membiarkannya berlalu begitu saja.

Kembali kepada tajuk di atas... "nafsu dan angan-angan", kedua-duanya menggambarkan kepada kita sesuatu yang indah dan menyeronokkan. akan tetapi, nafsu itu lahirnya tanpa pertimbangan dan angan-angan itu selalunya membuatkan kita leka. apabila kita terikat dengan nafsu, sebenarnya kita sedang membinasakan diri sendiri. apabila kita terikat dengan angan-angan, sebenarnya dunia telah memiliki kita... maka tiada lagi akhirat bagi kita.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."
(HR. Ibnu Abiddunya)

Bimbinglah akal untuk menguasai nafsu, kerna di situ kamu akan terbiasa kepada kebenaran. nafsu tidak mudah tunduk kepada tuannya, maka gunalah akal untuk menghukum hingga dia tunduk kepada tuannya. peliharalah akal dari angan-angan yang melekakan... didiklah diri untuk mengejar redha-Nya, kerna dengan itu kita akan lupa kepada dunia yang binasa.

0 comments:

Post a Comment

Followers