"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Tuesday, 28 April 2009

dunia tempat perantauan

Rasulullah SAW bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini, seakan-akan orang yang merantau atau pengembara, jika engkau berada pada waktu petang, janglah engkau menunggu waktu pagi, dan jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang, dan pergunakanlah waktu sihat kamu sebelun sakit dan pergunakanlah waktu hidupmu sebelum kamu mati." (HR. Bukhari).

Sesungguhnya dunia ini adalah medan ujian, satu pementasan... keindahannya adalah palsu belaka, janji-janjinya hanyalah sementara. Ramai yang terpukau, ramai yang gembira dengan tipu dayanya. Satu hakikat yang perlu kita terima. Hanya mata iman yang mampu menilai antara kaca dan permata.

Kenapa ramai yang sesat? kenapa ramai yang lupa? kenapa ramai yang bodoh? Satu pengembaraan, yang bermula dari satu destinasi dan akan berakhir di satu destinasi. Jalan yang berliku, dihiasi pelangi mengaburi mata-mata yang memandangnya. Kita hidup dengan satu janji, janji datang dan pergi padaNya. Teruskanlah perjalananmu ke satu destinasi, destinasi cinta yang abadi. Jangan kau tertipu dengan cinta dunia, jangan kau terleka dengan cinta yang sementara.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers