"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Monday, 11 May 2009

tiga tahap hati


1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Inilah 3 tahap hati sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam al-Ghazali. Di sinilah perlunya peranan akal dalam mengawal hati, seterusnya menundukkan hawa nafsu. Hati yang kotor sangat mudah untuk dihampiri oleh Syaitan yang selalu mengajak kita untuk melakukan kejahatan dan maksiat kepada Allah. 

Sebagai muslim kewajipan kita untuk sentiasa menjaga hati dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati menjadi kotor,  kerna hanya hati yang besih akan dihampiri oleh Malaikat dan seterusnya memudahkan kita untuk melakukan kebaikan.

Hati ibarat satu negeri yang menjadi rebutan oleh dua kerajaan, kerajaan Syaitan dan kerajaan Malaikat. andai kerajaan Syaitan yang berkuasa, maka hati akan menguasai akal dan berleluasalah penentangan terhadap syariat. andai pula kerajaan Malaikat yang berkuasa, maka hati akan mudah menerima apa yang dibawa oleh akal dan seterusnya tunduk kepada kehendak syariat. ~sekadar untuk renungan bersama~ Salam imtihan...

0 comments:

Post a Comment

Followers