"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Friday 15 May 2009

kepentingan nasihat menasihati

Salam buat sahabat seperjuangan.. membicarakan tentang nasihat dan kepantingannya. kebaikan itu adalah kita menghindari diri ini daripada segala sifat terkeji dan menghiasi diri ini dengan segala sifat terpuji, dan jangan kita lupa bahawasanya nasihat menasihati itu adalah antara sifat-sifat yang terpuji.

Patutkah kita dipanggil seorang yang baik jika kita membiarkan sahat kita melakukan kejahatan tanpa kita menasihatinya? di sinilah peranan amar ma'ruf dan nahi munkar yang selalu kita abaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Agama itu ialah nasihat." Maka para sahabat bertanya; "Bagi siapa?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemerintah muslim, pemimpin muslim, ulama' Islam dan bagi orang sesama muslim."
(HR. Bukhari Muslim)

Dari terjemahan hadith di atas, jelas bagi kita bahawasanya nasihat itu adalah inti agama yang peranannya amat besar dalam kehidupan kita di dunia ini. Jadikanlah diri kita sebagai seorang yang sedia memberi dan menerima nasihat, kerana nasihat menasihati itu menaikkan martabat kita dan menyebabkan kita dipandang mulia di sisiNya.

2 comments:

shiroi said...

bro, bagi nasihat kacang jer..
nak bergerak untuk melaksanakan nasihat, tu yang payah tu.. x gitu bro?

p/s: aku nasihat ko nih :d

Anonymous said...

nice alhamdulillah

Post a Comment

Followers