"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Monday, 10 May 2010

jangan mudah menyerah..

Bismillah.. 25 hb tarikh yang dinanti.. mungkin dengan penuh debaran, mungkin juga hanya dengan kegelisahan yang dicipta.. ujian itu sudah pasti, atas kita yang akan menjadikannya sempurna. kesedaran selalu datangnya di kemuncak yang selalu mencemaskan, namun inilah cabaran yang dicipta.. ujian berani mati.. matikan segala perasaan, rasai penyesalan yang dicipta.

usaha, ikhtiar, dan tawakal.. hanya sekadar slogan, seperti jasad tanpa roh.. kita bukan burung di dalam sangkar,  kita anai-anai yang berperanan setiap ketika.. mana kan terbinanya busut yang menggunung, kalau hanya usaha di akhir garisan?? moga tangan yang menghayun kan terpukul diri sendiri..

pengalaman yang lalu jadikan pengajaran.. waktu yang sedikit, mengajar bergerak di lingkungan yang sempit.. jangan terlalu mudah berputus asa, menangis tak mengapa.. moga yang kaku kan jadi lembut, moga yang beku kan mengalir lagi.. walau hanya dengan titisan, batu yang keras kan terbelah jua.. tabah dengan ujian.

pandanglah dengan senyuman.. kerna siang kan menemui malam, dan malam kan tetap menemui siang.. kau tak akan mampu untuk terus membahagiakan diri, carilah sokongan untuk kau terbang bersama.. moga ombak kan menghempas kuat, menciptakan tsunami pencetus satu perubahan.. wallahua'lam..

1 comments:

Muhammad Ar-Rabi' said...

subhanallah.. syukran atas peringatanmu!

Post a Comment

Followers