"di sekolah kita kan belajar dan akhirnya menghadapi ujian, namun di dalam kehidupan kita akan selalu menghadapi ujian dan mendapat pengajaran darinya".

Friday 29 May 2009

tulisan itu untuk selamanya...

 
Bismillahirrahmanirrahim.... Salam pembuka bicara... tulislah sesuatu yang berguna, jangan biarkan tulisan anda kosong tanpa ada makna yang tersurat mahu pun yang tersirat. fikirlah sebelum menulis sesuatu catatan atau pun artikel, adakah ianya memberikan nilai tambah kepada diri kita? adakah ianya mampu memberi perubahan kepada orang lain? 

Sedarlah kita, jika apa yang kita sampaikan itu suatu kebaikan yang membina... maka dengannya akan tumbuh bangunan-bangunan yang mampu mencakar awan, yang akarnya tumbuh daripada benih-benih kebaikan yang kita pernah tabur suatu masa dahulu. adakah itu datangnya dari sesuatu yang kita sampaikan? sedarlah kita...

Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga parkara:
  1. Sedekah jariah.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya.
~sampaikanlah ilmu yang kita dapat walaupun sedikit~

1 comments:

Unknown said...

betul. betul. betul.
so, kalau nak tulis blog, tulislah something yang boleh digunapakai sampai generasi akan datang xpecially bout islam yang syumul.
kan? kan?
hee

Post a Comment

Followers